Loading...
PARIS 2 Nov. - Malaysia dan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) berganding bahu menangani isu keganasan ekstrem di sekolah melalui pendekatan pendidikan berprofil tinggi dikenali sebagai Libre, yang dibangunkan Mahatma Gandhi Institute of Education and Peace (MGIEP).
Pengarah MGIEP, Dr. Anantha Kumar Duraiappah, merupakan rakyat Malaysia yang berpengkalan di New Delhi, akan menyelaras ujian rintis di lima buah sekolah di Malaysia selama tiga tahun, bermula tahun depan, sehingga 2020.
Dianggar terdapat 420 buah sekolah dikategorikan sebagai `titik panas’ seluruh negara yang diletakkan dalam kategori bermasalah dadah dan disiplin termasuk buli.
Salah sebuah sekolah yang telah menyatakan kesediaan untuk melakukan secara sukarela ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abdul Rahman di Ipoh, walaupun sekolah berkenaan bukanlah dalam kelompok ‘sekolah panas’.
UNESCO MGIEP akan menasihati Kementerian Pendidikan jika ada keperluan seperti penentuan kriteria khusus terhadap baki empat lagi sekolah rintis seperti kumpulan sasaran, persekitaran dan kumpulan umur sampel.
Kurikulum Libre menggunakan pendekatan pendidikan melalui pengintegrasian elemen pedagogi seperti kaedah inkuiri yang kritikal, dengan kemampuan pemikiran, empati, atau secara mudahnya menggunakan keseluruhan bahagian otak.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu, projek itu akan dibiayai sepenuhnya oleh UNESCO.
“Kita bawa balik dulu (modul Libre), lihat sama ada sesuai atau tidak. Kalau kita dapati tidak sesuai, tidaklah perlu diteruskan.
“Mana-mana kaedah yang terbaik kita akan guna,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Pakistan, Muhammad Baligh-ur Rahman bersempena Perhimpunan Agung UNESCO yang berakhir esok.
“Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Dr. Anandha, rakyat Malaysia yang bertugas dengan UNESCO MGIEP, dan faham bahawa program MGIEP ialah melihat sekolah yang bermasalah dan menyediakan model untuk pelaksanaan program khusus di sekolah-sekolah yang bermasalah.
Kata beliau, mulai tahun depan, institut ini telah bersetuju untuk menaja program ini di lima buah sekolah di Malaysia.
“Mereka akan melihat di mana masalah berlaku dan hubung kait antara pelajar, sekolah dan juga masyarakat,’’ katamya.
Pengetua dan dua guru SMK Tuanku Abdul Rahman, serta Ketua Unit di Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan KPM, Zurina Zulkarnain menyertai wakil 10 negara lain mengikuti bengkel sulung Libre apada Ogos lepas di institut berkenaan.
India, Sri lanka, Zimbabwe dan Kenya turut menyertai projek rintis di peringkat masing-masing.
Terdahulu, ketika mengulas pertemuannya dengan Muhammad, kedua-dua rakan sejawatan itu bertukar-tukar pandangan tentang data dan fakta pendidikan di negara masing-masing, dan bagaimana kedua-dua negara boleh saling bantu-membantu.
“Saya memberitahu beliau tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan di dalamnya kita memberi keutamaan kepada inisiatif melahirkan guru berkualiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), kerjasama dengan ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)) serta mengenai persekitaran sekolah yang kondusif,” ujar Mahdzir. - UTUSAN ONLINE
Pengarah MGIEP, Dr. Anantha Kumar Duraiappah, merupakan rakyat Malaysia yang berpengkalan di New Delhi, akan menyelaras ujian rintis di lima buah sekolah di Malaysia selama tiga tahun, bermula tahun depan, sehingga 2020.
Dianggar terdapat 420 buah sekolah dikategorikan sebagai `titik panas’ seluruh negara yang diletakkan dalam kategori bermasalah dadah dan disiplin termasuk buli.
UNESCO MGIEP akan menasihati Kementerian Pendidikan jika ada keperluan seperti penentuan kriteria khusus terhadap baki empat lagi sekolah rintis seperti kumpulan sasaran, persekitaran dan kumpulan umur sampel.
Kurikulum Libre menggunakan pendekatan pendidikan melalui pengintegrasian elemen pedagogi seperti kaedah inkuiri yang kritikal, dengan kemampuan pemikiran, empati, atau secara mudahnya menggunakan keseluruhan bahagian otak.
loading...
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada sidang akhbar di sini hari ini memberitahu, projek itu akan dibiayai sepenuhnya oleh UNESCO.
“Kita bawa balik dulu (modul Libre), lihat sama ada sesuai atau tidak. Kalau kita dapati tidak sesuai, tidaklah perlu diteruskan.
“Mana-mana kaedah yang terbaik kita akan guna,’’ katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat rakan sejawatan dari Pakistan, Muhammad Baligh-ur Rahman bersempena Perhimpunan Agung UNESCO yang berakhir esok.
“Saya juga berkesempatan berjumpa dengan Dr. Anandha, rakyat Malaysia yang bertugas dengan UNESCO MGIEP, dan faham bahawa program MGIEP ialah melihat sekolah yang bermasalah dan menyediakan model untuk pelaksanaan program khusus di sekolah-sekolah yang bermasalah.
Kata beliau, mulai tahun depan, institut ini telah bersetuju untuk menaja program ini di lima buah sekolah di Malaysia.
“Mereka akan melihat di mana masalah berlaku dan hubung kait antara pelajar, sekolah dan juga masyarakat,’’ katamya.
Pengetua dan dua guru SMK Tuanku Abdul Rahman, serta Ketua Unit di Bahagian Penyelidikan dan Perancangan Pendidikan KPM, Zurina Zulkarnain menyertai wakil 10 negara lain mengikuti bengkel sulung Libre apada Ogos lepas di institut berkenaan.
India, Sri lanka, Zimbabwe dan Kenya turut menyertai projek rintis di peringkat masing-masing.
Terdahulu, ketika mengulas pertemuannya dengan Muhammad, kedua-dua rakan sejawatan itu bertukar-tukar pandangan tentang data dan fakta pendidikan di negara masing-masing, dan bagaimana kedua-dua negara boleh saling bantu-membantu.
“Saya memberitahu beliau tentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan di dalamnya kita memberi keutamaan kepada inisiatif melahirkan guru berkualiti di Institut Pendidikan Guru (IPG), kerjasama dengan ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO)) serta mengenai persekitaran sekolah yang kondusif,” ujar Mahdzir. - UTUSAN ONLINE
Loading...
0 Response to "UNESCO-Malaysia cuba 'Libre' perangi keganasan di sekolah"
Posting Komentar