Loading...

USTAZ TUAN IBRAHIM JUAL TEMBERANG DI MARAN

Loading...

Mengikuti ceramah Ustaz Tuan Ibrahim di Maran baru2 ini. Terlalu byk yg boleh dipertikaikan ucapan beliau, langsung tidak menggambarkan ciri2 seorang ilmuan Islam jauh sekali Ulamak.

 Beliau ada menyebut, rakyat tidak akan menyokong PH kerana rakyat akan bertanya kpd pimpinan PH, jika mahu harga barang murah, bebas tol, turun harga minyak, "Mengapa dulu kamu tidak buat?". 

Apakah ini cara Islam menilai seseorang pemimpin? Adakah Islam itu boleh mengungkit silap atau salah mahupun dosa seseorang pemimpin yg mahu berubah dan mahu melawan kezaliman? 

Apakah Islam tidak suka pemimpin yg dulunya melakukan kesalahan atau kezaliman sewaktu memerintah, apabila tidak lagi memerintah bekas pemimpin ini mahu melawan kezaliman pemerintah selepasnya? Salahkah di dalam Islam? 

Jika itu salah, nescaya Sayyidina Omar tidak akan memeluk Islam dan menjadi Khalifah. Siapa tidak kenal Sayyidina Omar sebelum Islamnya beliau?

 Sepatutnya, para Ulamak lah yg paling seronok apabila pemimpin seperti ini mahu berubah dan bersatu melawan kezaliman yg ada sekarang.

 Beliau juga banyak membicarakan soal fitnah yg keji. Katanya, jangan dengar berita sebelum diselidiki apatah lagi dari seorang yg fasik. Di mana suara Ustaz Tuan Ibrahim ketika bos beliau Hadi Awang menfitnah calon Keadilan edar pil kuda? Dari mana berita itu Hadi perolehi? Adakah beliau selidiki? Kenapa beliau tidak buat laporan Polis kerana ini perbuatan jenayah? Apakah seorang Ulamak boleh melindungi jenayah?

 Dan, mengapa Hadi sampai sekarang tidak sebut nama pengedar kuda tersebut? 

Beliau menang di mahkamah dalam kes saman berkaitan isu ini hanyalah kerana beliau tidak sebut nama, sedangkan Hakim sendiri akui terdapat unsur2 fitnah di dalam ucapan Hadi.

 Sewaktu beberapa orang Ustaz Pas menuduh kerajaan P.Pinang melarang azan, di mana suara Ustaz Tuan Ibrahim? 

Terbaru, seorang ustaz menuduh lagi kerajaan P.Pinang yg dilanda banjir kononnya banyak berlaku kematian, tetapi kematian tidak berlaku di Kelantan, kata Ustaz tersebut. 

Akhirnya, kantoi bila didedahkan di Kelantan juga banyak berlaku kematian.. tidakkah itu fitnah? Di mana suara Ustaz Tuan Ibrahim? 

 Begitu juga, bila seorang ustaz Pas memberi amaran untuk menjiratkan Kak Wan jika beliau menolak RUU Akta 355. Di mana suara Ustaz Tuan Ibrahim? 

Tuduhan ini berat menjurus ke arah kafir mengkafir. Tidakkah Ustaz Tuan Ibrahim merasa berat isu ini? Atau ingin melindungi lebai2nya?

 Ustaz Tuan Ibrahim juga menipu apabila menyebut di dalam PH tiada NGO. Hanya yang ada adalah parti2 politik. Hanya Pas sahaja di dalam blok ketiga, iaitu parti politik, tokoh2 dan NGO, katanya. 

Butakah mata Ustaz Tuan Ibrahim, begitu banyak NGO bersama PH? Dari BERSIH 1 hingga BERSIH 5, himpunan ini adalah anjuran NGO BERSIH. Terlalu banyak forum yg dianjurkan oleh NGO yang pro PH melibatkan pimpinan2 PH. 

Siapa bersama Pas? Mana IKATAN sekarang? Mana Syeikh Fadir? Mana NGOnya?

Ustaz Tuan Ibrahim terus menipu orang Maran apabila menyatakan Dap menghalang RUU Akta 355 di Parlimen. Walaupun Ustaz Tuan Ibrahim bukan Ahli Parlimen, tetapi takkan sejahil itu Ustaz Tuan Ibrahim mahu memahami isu Akta 355 yg ingin dibawa oleh Hadi? Siapa halang Hadi baca? 

Hadi baca sampai habis. Kemudian beberapa MP dari PH minta dibahas segera Akta ini kerana ianya penting. Itu nyawa Pas. Malangnya ditangguhkan. Bukan sekali, bahkan beberapa kali. Siapa yg minta bahas dan siapa yang menangguhkannya? 

Dan siapa yang buat tidak tahu apabila Speaker menangguhkannya? Speaker itu dari Dap kah? Atau dari Amanah? Kenapa Wakil2 Rakyat dari Pas tidak bangun bantah apabila Speaker tangguhkannya walaupun telah berjanji beberapa kali untuk izinkan dibahas? 

Jelas sekali, lebai2 Pas sendiri redho dengan tindakan Speaker tersebut, tetapi tuding jari kepada Dap.

 Ustaz Tuan di dalam ucapannya begitu marah kpd Tun Mahathir dan membaca balik kisah2 lampau zaman Tun. Tetapi beliau lupa, parti pertama yg hulurkan borang kpd Tun untuk menjadi ahli adalah Pas sendiri. Bayangkan jika Tun menerima borang syurga berkenaan dan menjadi ahli Pas, adakah kita rasa Ustaz Tuan Ibrahim akan ungkit kembali kisah2 lampau Tun? 

Mengapa Almarhum Ustaz Fadzil Noor tidak pernah ungkit zaman lampau Anwar Ibrahim di dalam Umno sewaktu Pas bersama Anwar melawan Umno/Bn? Jelas, sifat dendam dan busuk hati lebai ini kepada Tun Mahathir hanyalah kerana Tun Mahathir bersama PH. Itu saja.

 Begitulah busuknya lebai2 Pas. Tidak ubah seperti Umno yang menjaja cerita bohong apabila berdepan dengan orang2 kampong. 

Pas telah cuba untuk memperbodohkan orang2 Maran. Beliau lupa, ini zaman IT, maklumat dihujung jari. Rakyat akan melihat PH lebih serius untuk menumbangkan Umno/Bn kerana kita akan bertanding di semua Kerusi Dun dan Parlimen dan mensasarkan paling kurang 112 Kerusi Parlimen untuk memerintah. Pas hanya mahu sasar 40 Kerusi Parlimen sahaja. Hadi mahu berkecuali dan mahu jadi Penasihat sahaja.

 WFAUZDIN NS ~ sumber
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "USTAZ TUAN IBRAHIM JUAL TEMBERANG DI MARAN"

Posting Komentar