Kira-kira 5,000 warga Selangor dari pelbagai kaum dan agama berhimpun di Dataran Mayang, Seksyen 16, di sini bagi menzahirkan kesetiaan dan mempertahankan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Perhimpunan rakyat ‘Daulat Tuanku’ yang bermula pada 9.30 pagi itu bertujuan mempertahankan dan menzahirkan daulat kepada baginda berikutan kenyataan anggota DAP Datuk Zaid Ibrahim menghina Sultan Selangor menerusi Twitter baru-baru ini.
Ia juga sebagai mengecam Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad ekoran kenyataan menghina etnik Bugis yang telah mengguris hati baginda dan mendesak tindakan tegas diambil terhadap kedua-dua ahli politik itu.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Tan Sri Noh Omar berkata himpunan itu yang dianjurkan pimpinan BN negeri di semua peringkat menuntut kerajaan PKR Selangor melarang Zaid dan Dr Mahathir berucap di mana-mana kawasan atau premis di Selangor.
“Polis juga tidak harus mengeluarkan sebarang permit bagi Zaid dan Dr Mahathir berucap di mana-mana perhimpunan dan pentas politik di Selangor,” katanya ketika berucap pada himpunan itu yang disambut oleh sorakan gemuruh rakyat Selangor.
Turut hadir beberapa pemimpin BN dan badan bukan kerajaan Selangor.
Noh yang juga penasihat himpunan itu berkata pihaknya mahu Zaid dan Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka kepada Sultan Selangor dan disiasat di bawah Akta Hasutan.
Beliau berkata kerajaan negeri pimpinan PKR dilihat tidak berbuat apa-apa dalam mempertahankan baginda susulan kenyataan Dr Mahathir yang didakwa menghina etnik Bugis hingga menyebabkan Sultan murka, lebih-lebih lagi menjelang Hari Keputeraan baginda yang disambut esok.
Related Posts :
Video Benteke Jaring Gol Terpantas Belgium 2016!Pemain pasukan Belgium, Christian Benteke mencipta rekod gol terpantas di arena bola sepak kompetetif peringkat antarabangsa dengan masa 8.1… Read More...
3 hari lepas Ashura, khutbah selar ratapan Syiah Hari ini, 3:28 petang Hari ini, 3:43 petang AddThis Sharing Buttons Share to Facebook746Share to TwitterShare to cetakShare to Lebih banyak Tiga hari selepas sambutan Ashura, khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mengecam cara Syiah menyambut ketibaan hari itu. Katanya, dalam perayaan itu, yang sambutan besar-besarannya dibuat di Karbala, Iraq, penganut Syiah akan menyeksa tubuh badan bagi meratapi kematian cucu Nabi Muhammad, Husain bin Ali. “Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. “Perbuatan mungkar ini adalah hanya direka-reka dan bukan daripada ajaran Islam yang sebenarnya, malah ia menyerupai ajaran agama-agama lain,” menurut teks khutbah itu. Tanggal 10 Muharam adalah hari penting bagi pengikut Syiah bagi mengenang kematian Husain – salah seorang imam mereka. Husain meninggal dunia secara tragis dalam peperangan menentang tentera Yazid bin Muawiyah, khalifah Bani Umayyah yang kedua. Jawatankuasa fatwa Selangor mewartakan bahawa fahaman Syiah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar pada 17 Oktober 2013. Rabu lalu, seramai 50 warga Pakistan dipercayai bermazhab Syiah ditahan di Batu Caves, ketika menyertai acara sempena sambutan Hari Ashura.MALAYSIAKINI
Tiga hari selepas sambutan Ashura, khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mengecam cara Syiah menyambut ke… Read More...
'Kita nak jadi Taliban dengan robohkan KLCC?'MALAYSIAKINI
Memusnahkan legasi dan warisan masa lalu kerana seorang bekas pemimpin akan meletakkan Malaysia sama seperti Taliba… Read More...
ARA DUA INDIVIDU YANG DISEBUT NAJIB DAN DUA INDIVIDU LAIN DI SISI NAJIB
shahbudindotcom
Bercakap dalam satu rakaman audio mengenai perpaduan, Najib Razak secara terbuka melahirkan kebimbangannya terhadap dua … Read More...
MALAYSIAKINI
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah memfailkan permohonan semakan kehakiman untuk menyekat persempadanan semula kawasan pili… Read More...
0 Response to "5,000 warga Selangor himpun pertahan Sultan Selangor"
Posting Komentar