Loading...
Oleh Dr Muhammad Nur Manuty
Gambar kenangan bersejarah bersama dengan Almarhum Prof Dr Surin Pitsuwan atau dikenali juga dgn nama Abd Halim Bin Sheikh Ismail.
Gambar ini diambil ketika beliau menjadi tetamu di majlis perkahwinan puteri Datuk Romli Musa CEO Ingress kira kira 3 tahun yang lalu di KL.
Almarhum Dr Surin terkenal dengan ketokohannya dalam bidang akademik, politik dan diplomatik. Beluau adalah seorang politikus Muslim Demokrat yang berjuang dalam realiti masyarakat minoriti Muslim di Thailand.
Kewibawaannya telah mengangkat beliau menjadi Menteri Luar Negara Thailand dan Setiausaha Agung ASEAN serta menduduki banyak potfolio dalam agensi agensi, NGO NGO Islam dan bukan Islam antara bangsa.
Almarhum mempunyai beberapa keunikkan peribadi, antaranya mendapat pendidikan tradisional Islam dari bapanya Sheikh Ismail seorang tokoh pendidikan pondok di Nakhon Sithamarat dan juga pendidikan moden di Universiti Harvard.
Justeru di mana-mana platform persidangan antara bangsa, almarhum tidak jemu menyebut tentang keberkatan pendidikan pondok keatas dirinya dengan kombinasi pendidikan moden barat yang telah menatijahkan keupayaan peribadinya berbicara dengan hujahan intelek yang tinggi dan mengkagumkan.
Terakhir beliau telah menjadi Pengucap Utama di konferensi Antarabangsa mengenai Islam dan Global Peace anjuran USAS di Ipoh Perak minggu lalu.
Almarhum juga mempunyai hubungan peribadi yang sangat rapat dengan DSAI. Justeru kedua-dua mereka adalah politikus yang memperjuangkan Muslim Demokrat di negara-negara Islam. Dengan iltizam Islam yang kental.
Sesungguhnya kematian mengejut Dr Surin adalah satu kerugian kepada masyarakat Islam di seluruh dunia dan komuniti antarabangsa. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmah dan maghfirah ke atas roh Almarhum dan disiskan di Jannatul Firdaus. Al Fatihah.
Loading...
0 Response to "Belasungkawa Kepada Almarhum Prof Dr Surin Pitsuwan"
Posting Komentar