Loading...

Benarkah Dzulkifli Ahmad seorang yang berintegriti ?

Loading...

Ketua Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad cuba menampilkan dirinya sebagai seorang yang berintegriti ketika dalam sesi dialog dengan mahasiswa universiti.

 Dzulkifli berkata, "Najib tak pernah sama sekali memberi apa-apa arahan, dan memberi kebebasan sepenuhnya untuk mengambil tindakan kepada siapa-siapa yang saya rasa perlu diambil tindakan.

"Apa yang kamu semua dengar di media sosial seolah-olah SPRM dikongkong ikut telunjuk pemimpin negara." kata Zulkfli di sini.

 Dan apabila Dzulkifli ditanya tentang persoalan mengapa tiada tindakan diambil terhadap Datuk Seri Shafie Apdal sewaktu beliau masih menjadi menteri kabinet?

Dzulkifli menjawap,  "Kena tanya pemimpin SPRM sebelum ini kenapa tak ambil tindakan," katanya di sini

Kah! Kah! Kah! Tetapi bila Tun Mahathir Mohamed minta SPRM siasat kekayaan luar biasa Zahid Hamidi, cepat-cepat pula Dzulkifli kata, "tiada asas untuk menyiasatnya!"

Dalam dua kenyataan yang dilaporkan diatas, Zulkifli cuba menyakinkan orang ramai bahawa dia adalah seorang yang beritegriti :

1)  SPRM tidak dikongkong ikut telunjuk pemimpin negara.
2)  SPRM kini adalah lebih berintegriti dan lebih berani dibandingkan dengan    yang sebelum dia jadi KP SPRM.

Malah, Dzulkifli cuba menampilkan dirinya sebagai pegawai yang lebih berintegriti dibandingkan dengan pegawai-pegawai SPRM yang sebelumnya kerana tidak berani mengambil tindakan ke atas Shafie Apdal...

 Dzulkifli cuba membandingkan dirinya dengan Pegawai SPRM sebelum ini yang seolah-olahnya mereka takut mahu bertindak ke atas Shafie Apdal!

 Sebenarnya mereka yang sebelum Dzulkifli, adalah lebih berintegriti dan lebih berani daripada Dzulkifli kerana mereka telah berani bertindak terhadap salah laku PM Najib!

 Pegawai SPRM sebelum Dzulkifli sedang menyediakan kertas siasatan yang lengkap terhadap PM Najib dalam kaitannya dengan isu dana RM2.6b 1MDB dan Suria Capital.

Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM TS Abu Kassim Mohammad telah 'dipaksa bersara awal' dan timbalan beliau DS Zakaria Jaafar juga turut dibersarakan kerana mereka merupakan dua individu terpenting yang memulakan siasatan terhadap isu 1MDB dan Suria Capital.

Sebaliknya Dzulkifli dilaporkan telah turut menyiapkan Laporan Media pada Januari 2016 yang dibacakan oleh Peguam Negara, Apandi Ali kepada wartawan dalam sidang media yang membersihkan nama Perdana Menteri DS Najib Razak dari tuduhan yang melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

 Tindakan tersebut menyebabkan bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) Bahri yang telah memainkan peranan penting menyiasat SRC dan mendapati RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak , berasa keciwa lalu memilih bersara awal walaupun boleh terus bertugas tiga tahun lagi.

 Sebaliknya, Dzulkifli telah dilantik ke jawatan nombor 1 SPRM, kerana peranan besarnya itu!

Dzulkifli jangan ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat! Rakyat masih ingat bagaimana dia dari luar SPRM boleh dilantik jadi KP SPRM!

Kalau Dzulkifli benar-benar mahu menampilkan kewibawaannya, dia patul mengambil cuti kerana dia kini sedang disiasat kerana dityuduh melarikan isteri orang bercuti ke Bali.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benarkah Dzulkifli Ahmad seorang yang berintegriti ?"

Posting Komentar