Loading...

Benarkah Hj Hadi ikut Adab Ajaran Rasulullah?

Loading...

Dilaporkan Presiden Pas Hj Hadi berkata tindakan menamakan lebih awal calon perdana menteri dan pembentukan kabinet bayangan jika menang pada pilihan raya umum (PRU) akan datang adalah bercanggah dengan adab yang dibawa Rasulullah SAW.

 "Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan kabinet atau melantik siapa bakal perdana menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja. ~ sumber

  Cakap-cakap Hj Hadi ni sebenarnya memang susah nak dipercayai. Kalau lembu kita boleh pegang pada talinya, tapi Hj Hadi ni, nak pegang ekor serbannya pun tak boleh! Cakap Hj Hadi sering berubah-ubah ...Sepuluh yang dia cakap, sebelas tak boleh dipercayai!

Ketika berdepan PRU 13 dulu dan bersama Pakatan Harapan, nama Anwar sering disebut-sebut sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia, tapi Hj Hadi berat untuk menerimanya.

Hj Hadi tidak yakin Anwar layak menjadi Perdana Menteri sekalipun Pakatan Rakyat berjaya menumbangkan Barisan Nasional dalam PRU13. 

 Rupa-rupa yang sebenarnya Hj Hadi menaruh harapan bahawa jawatan Perdana Menteri seharusnya diberikan kepadanya sejak PRU13 lagi.

Perkara ini diperkukuh oleh kenyataan Hj Hadi sendiri bahawa dalam Pakatan Rakyat, PAS adalah parti yang terkuat, jika Pakatan Rakyat menang, sumbangan bilangan kerusi parlimen terbanyak akan datang daripada PAS. 

 Dikala DAP dan PKR sudah sepakat menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon PM, Hj Hadi yang turut bercita-cita menjadi PM, terus membisu enggan menamakan calon PM Pakatan sekiranya menang PRU13.

Di Muktamar Pas di Kelantan pada November lepas, apabila pemimpin dari Dewan Muslimat dan Dewan Ulama Pas mencadangkan Hj Hadi dilantik sebagai PM.


Wakil Dewan Ulama Pas Pusat, Hairun Nizam Mat Hussain mengulangi pendiriannya bahawa beliau yakin sebahagian besar ahli parti itu mahu Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih Kerajaan Pusat.


 Majlis Syura Ulama Pas, dalam perbincangan tertutup baru-baru ini juga telah sepakat menolak Anwar sebagai PM dan akan melantik calon luar untuk menggalas tugas tersebut. 

Pas sebelum ini dikatakan telah berunding secara sulit untuk meletakkan pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon PM manggantikan Anwar yang dilihat terlalu banyak skandal dan kontroversi.

Benarkah Hj Hadi dan Pas ikut adab ajaran Rasulullah sebagaimana dakwaan Hj Hadi? Bukankah kenyataan-kenyataan dari Dewan Ulama Pas dan dari beberapa pimpinan Pas yang sebelum ini mahukan Hj Hadi jadi Perdana Menteri Malaysia adalah bercanggah dengan adab yang dibawa Rasulullah SAW seperti yang Hj Hadi katakan itu?



 1) Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata presiden parti, Hj Hadi akan menjadi perdana menteri jika ia menang pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

 “Presiden kita ada satu. Tentulah presiden kita,” katanya di sini

2) Pengerusi DHPP Pusat, P.Balasubramaniam mendakwa, masyarakat Islam dan bukan Islam negara ini mahu Presiden PAS sebagai calon Perdana Menteri Malaysia yang baharu dan bukannya Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

 “DHPP mahu melihat Presiden PAS bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas PRU14. DHPP akan mempastikan agar rakyat bukan Islam akan terus memilih PAS sebagai parti yang dipercayai dan mampu melindungi mereka. ~ sumber


3) Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar berkata, "Pilihan raya akan datang, Pas mungkin tak (menang) banyak, tetapi tidak mustahil kalau Perdana Menteri adalah Pas, jangan rasa pelik, yang penting ahli kena yakin kepada pimpinan parti," katanya dalam ceramahnya di Pengkalan Kubor malam kelmarin. ~ sumber

Pas sebenarnya adalah parti yang tidak ada pendirian. Presidennya asyik kluk-klek dan berserabut dengan fatwa yang diputar belit, tapi para pentaksubnya seperti dibius tetap percaya Pas dibawah pimpinan Hj Hadi adalah parti 'Matang dan Sejahtera"

Tukar Tingkap Baru : Oii Bebudak PAS, tolong jawab. Klo xtahu, pergi tanya YDP PAS Kawasan. Klo YDP PAS Kawasan xtahu, minta dia join Jemaah Tabligh sahaja bukan Parti Politik. Tolong jangan membodohkan akal.

 Didalam Muktamar PAS sebelum Pru13 yang lalu, Dewan Ulama PAS telah mencalonkan Presideng PAS iaitu Hj Hadi Awang sebagai calon PM. Pencalonan ini menggunakan dalil apa ? Adab agama mana yang diguna pakai ??? Sekian.

Faeez Azahar : Mungkin pemimpin ni tak perasan ahli bawahannya telah saban hari mencanang beliaulah akan menjadi PM. Dan barangkali beliau lupa, beliau juga pernah melakukan tindakan yang sama.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Benarkah Hj Hadi ikut Adab Ajaran Rasulullah?"

Posting Komentar