Loading...
Cara Bunuh Karektor Calon PRU14. Bentuk berita palsu yang biasa dimainkan dalam kempen pilihan raya menjurus kepada pembunuhan karakter.
Pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, sebaran berita palsu bersifat menghina, mengaib, mencaci, khabar angin dan informasi yang tidak benar mengenai dasar atau calon serta parti.
“Adakalanya berbentuk emosional yang dekat dengan pengundi. Berita ini direka, ia diselit unsur sindiran, muslihat dan cerita mencetuskan kontroversi.
Cara Bunuh Karektor Calon PRU14. “Berita palsu boleh memberi kesan kepada calon atau parti kerana dalam jangka masa kempen mereka terpaksa melahirkan keyakinan terhadap penipuan berita seperti itu sehingga mengganggu masa dan perjalanan kempen ke atas isu lain,” katanya.
Dalam pada itu, menurut Sivamurugan ia boleh memberi kesan pada perjalanan pilihan raya umum jika berita palsu dikaitkan dengan latar calon yang tidak benar.
“Reka cipta cerita pengundi hantu dan berita Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dikatakan tidak adil yang disensasikan kerana tidak boleh menerima keputusan akhir
Cara Bunuh Karektor Calon PRU14
walaupun tidak ada kebenarannya kerana mahu memburukkan perjalanan pilihan raya umum dan enggan menerima keputusan. Fenomena ini wujud kerana ia paling mudah bermain dengan emosi pengundi apatah lagi jika ia dikaitkan dengan pembunuhan karakter,” jelasnya.
Tegasnya, langkah terbaik bagi mencegah sebaran berita palsu ini ialah pelaksanaan undang-undang tegas termasuk menggugurkan status kelayakan calon jika ia digunakan oleh calon lain untuk menang persepsi.
Cara Bunuh Karektor Calon PRU14. “Pemantauan dengan hukuman lain seperti penjara dan denda besar. Langkah didikan untuk tingkatkan kadar literasi politik berhemah atau bermoral perlu ada. Pemimpin sendiri perlu jadi contoh,” katanya. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Cara Bunuh Karektor Calon PRU14"
Posting Komentar