Oleh Ainor Rahim
SHAH ALAM: DAP belum membincangkan sebarang bentuk tindakan yang bakal dikenakan terhadap ahlinya Datuk Zaid Ibrahim susulan tweet 'keterlaluan' kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang juga ahli jawatankuasa DAP Selangor, Ronnie Liu turut meminta supaya semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung hal itu.
"DAP setahu saya belum ada perbincangan lagi. Kita belum ada perbincangan lagi. Jadi jangan buat sebarang spekulasi," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Beliau mengulas gesaan Umno Selangor yang mencabar kepimpinan parti dominasi Cina itu supaya memecat Zaid bagi membuktikan DAP tidak mempunyai kaitan dengan kenyataan itu.
Zaid mencetuskan kontroversi apabila 'menegur' Sultan Sharafuddin dengan menulis tweet berbunyi: "Sultan Selangor seharusnya lebih berhati-hati dengan kata-katanya. Tiada sesiapa yang kebal apabila negara terbakar.”
Zaid menulis tweet berkenaan sebagai reaksi kepada kenyataan Sultan Sharafuddin yang berkata agenda politik Tun Dr Mahathir Mohamad didorong “kebencian” dan akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.
Kenyataan Zaid itu mengundang kemarahan, terutamanya daripada Umno yang mahu tindakan diambil terhadap beliau kerana bersikap biadap terhadap Sultan.
Kelmarin Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata, ahli DAP “bebas menyuarakan pandangan mereka, tetapi mesti sanggup berdepan akibatnya”.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pula dilaporkan sebagai berkata Zaid perlu bertanggungjawab terhadap atas tindakan beliau.
Dalam pada itu awal hari ini, sekumpulan ahli DAP yang diketuai Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng tampil membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos, bagi mempertahankan Zaid.
Ia susulan ugutan Jamal yang mahu 'menghentak' kepada bekas menteri hal ehwal undang-undang itu.
Jamal yang juga Pengerusi Gabungan NGO Malaysia direman dua hari bermula hari dan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.
Related Posts :
SPRM tahan suspek kelima kes salah guna dana kerajaan RM3.3 bilionANTARAPOS.COM
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan bekas timbalan pengarah sebuah agensi k… Read More...
4 anggota Search disaman hampir setengah jutaMALAYSIAKINI
Syarikat Afjets Sdn Bhd hari ini memfailkan saman hampir setengah juta ke atas empat anggota kumpulan Search kerana penyataan… Read More...
Video Benteke Jaring Gol Terpantas Belgium 2016!Pemain pasukan Belgium, Christian Benteke mencipta rekod gol terpantas di arena bola sepak kompetetif peringkat antarabangsa dengan masa 8.1… Read More...
3 hari lepas Ashura, khutbah selar ratapan Syiah Hari ini, 3:28 petang Hari ini, 3:43 petang AddThis Sharing Buttons Share to Facebook746Share to TwitterShare to cetakShare to Lebih banyak Tiga hari selepas sambutan Ashura, khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mengecam cara Syiah menyambut ketibaan hari itu. Katanya, dalam perayaan itu, yang sambutan besar-besarannya dibuat di Karbala, Iraq, penganut Syiah akan menyeksa tubuh badan bagi meratapi kematian cucu Nabi Muhammad, Husain bin Ali. “Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. “Perbuatan mungkar ini adalah hanya direka-reka dan bukan daripada ajaran Islam yang sebenarnya, malah ia menyerupai ajaran agama-agama lain,” menurut teks khutbah itu. Tanggal 10 Muharam adalah hari penting bagi pengikut Syiah bagi mengenang kematian Husain – salah seorang imam mereka. Husain meninggal dunia secara tragis dalam peperangan menentang tentera Yazid bin Muawiyah, khalifah Bani Umayyah yang kedua. Jawatankuasa fatwa Selangor mewartakan bahawa fahaman Syiah menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar pada 17 Oktober 2013. Rabu lalu, seramai 50 warga Pakistan dipercayai bermazhab Syiah ditahan di Batu Caves, ketika menyertai acara sempena sambutan Hari Ashura.MALAYSIAKINI
Tiga hari selepas sambutan Ashura, khutbah Jumaat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tampil mengecam cara Syiah menyambut ke… Read More...
ARA DUA INDIVIDU YANG DISEBUT NAJIB DAN DUA INDIVIDU LAIN DI SISI NAJIB
shahbudindotcom
Bercakap dalam satu rakaman audio mengenai perpaduan, Najib Razak secara terbuka melahirkan kebimbangannya terhadap dua … Read More...
0 Response to "DAP belum bincang tindakan ke atas Zaid"
Posting Komentar