Loading...

Dr Rozaimi Ramle Jawab Entah Apa-Apa Pas Marang

Loading...

Berikut adalah jawapan Dr Rozaimi Ramle kepada PAS Marang terhadap kenyataan TGHH:

 Saya telah pun membaca respon terbaru yang disiarkan dalam Harakahdaily berkaitan teguran saya kepada kenyataan tidak tepat TGHH. Bagi sesiapa yang mahu mengikutinya boleh baca di sini

 Saya akan respon tulisan beliau seperti berikut:

 1. Penulis memulakan artikelnya dengan sangkaan buruk beliau kepada saya. Kata penulis:

 "Pada asalnya, saya tak berminat nak mengulas kritikan RORA tersebut. Ia terlalu dangkal, tidak ilmiah, tidak objektif dan diselaputi kebencian berterusan RORA terhadap PAS dan Presiden PAS. Oleh itu, ia tak perlu dijawab dan diulas."

 Saya hairan dengan PAS hari ini. Wacana, perbahasan ilmiah dan teguran dianggap sebagai kebencian. Saya nasihatkan supaya penulis elokkan sangkaan beliau. Jangan ketaksuban menguasai diri sehinggakan nasihat dan teguran dianggap sebagai suatu yang dodasari dengan kebencian.

 2. Penulis tidak membawa apa-apa perkara baru. Dan tidak menjawab pun soalan yang saya kemukakan. Artikel beliau bukanlah menjawab saya, tetapi lebih kepada memperlekehkan saya tanpa berikan input ilmiah.

 3. Mengapa saya katakan begitu? Ia kerana beberapa sebab:

 - kisah Bani Amir itu sanadnya terputus. Adakah ia boleh dijadikan hujah? Jika boleh, ia tidak boleh dijadikan alasan larangan menamakan calon pemimpin. Sebaliknya ia bercerita tentang meminta jawatan. Saya tidak faham mengapa riwayat tentang meminta jawatan dipesongkan sehingga dijadikan hujah mengatakan perbuatan tidak menamakan calon PM selari dengan adab Islam.

 - Abu Bakar pernah mencalonkan nama Umar sebagai khalifah selepas beliau. Adakah ia bercanggah dengan adab Islam?

 - jika meminta jawatan tidak dibenarkan secara mutlak maka kenapa PAS masih bertanding pilihanraya?9 - jika mencalonkan nama PM itu bercanggah dengan adab Islam, bagaimana dengan kenyataan Wakil Dewan Ulama PAS dahulu yang mencalonkan TGHH sebagai PM. Adakah mereka biadap?

 - jika dikatakan yang menyalahi adab Islam itu ialah menamakan calon PM yang tidak layak, adakah semua calon PAS tidak layak jadi PM sehingga jika PAS calonkan nama PM maka ia menyalahi adab Islam?

 4. Semua soalan ini tidak dijawab sebaliknya penulis hanya menulis panjang tanpa fokus pada titik perbahasan. Beliau hanya fokus kepada perkara yang tidak menjadi titik perbahasan. Penulis sebaliknya fokus kepada isu yang saya tidak bantah. Iaitu isu PM perlu melaksanakan tanggungjawab. Kata penulis:

 "Presiden PAS menjelaskan, PAS bukan hanya mahu menukar PM sahaja. Noktah. Tanpa mengambil kira pertimbangan bahawa PM baru itu nanti, tetap akan meminggirkan syariat Islam daripada arus perdana sistem politik negara kita. Ini tidak mungkin".

 Ini bukan titik perbahasan wahai ustaz. Saya tidak bantah pun isu ini bahkan kita sepakat dalam perkara ini. Namun analisis mendalam diperlukan untuk menilai alasan penulis ini iaitu sejauh mana perlakuan tidak mencalonkan nama PM dapat menjamin bahawa PM akan melaksanakan tugasnya menurut Islam? Apa hubungkait kedua isu ini? Bukankah dengan mencalonkan nama PM lebih menjamin pengetahuan pengundi bahawa calon ysng mereka akan pilih dipercayai akan menunaikan tanggungjawab Islamnya? Sangat ajaib alasan ini. Bahkan dangkal. 

 5. Penulis menyatakan lagi:

 "Masalah meletakkan calon nama PM ialah masalah dalaman PH, jika PH memerintah. Ia bukan masalah BN. BN sudah tentu mengekalkan PM sedia ada, jika kekal memerintah.

 PAS pula, ia tidak mahu bercakap lagi tentang isu itu. PAS lebih menekankan aspek praktikal tentang isu ini. Iaitu berusaha memenangi sebanyak-banyak kerusi dalam PRU nanti". 

 Nampaknya penulis tidak membaca dengan betul apa yang saya tulis. Saya nyatakan sedari awal bahawa jika TGHH kata ijtihad beliau tidak mahu letakkan calon PM kerana ia tidak menguntungkan PAS, saya tidak ada langsung masalah dengan kenyataan ini. Ia jelas menunjukkan ijithad. Apa yang saya bantah ialah apabila dikata tidak mencalonkan nama PM itu selari dengan adab Islam itu yang saya rasakan ia perlu diperbetulkan dan ditegur. Ada beza antara keduanya.

 6. Penulis bawakan isu pencalonan nama PM itu masalah PH. 

 - saya katakan saya bukan wakil PH. Saya juga tidak masuk campur masalah mereka.

 - jika pencalonan nama PM adalah masalah besar PH, apa kaitannya dengan PAS? Adakah PAS sedang tunduk kepada PH dalam percaturan politiknya? Jika PAS menamakan calon PM nya apa kaitannya dengan PH? 

 - jika pencalonan PM itu masalah PH, adakah semestinya ia bercanggah dengan adab Islam?

 Jenuh saya memikirkan apa kaitan PH dan PAS. Maaf, sel-sel otak tidak dapat berhubung untuk fahami huraian ini. Ia seperti perbuatan orang terdesak untuk membela tokoh sendiri walau sebenarnya tidak ada hujah kukuh. Maka perkataan "entah apa-apa" digunakan untuk nampakkan penulisan ini menjawab hujah saya tetapi sebenarnya ia tambah serabut. Kalau tulisan saya entah apa-apa sepatutnya ia lebih mudah untuk dijawab tetapi ia tambah serabut dan tidak jelas ditambah pula dengan cubaan kona baring untuk membela tokoh sendiri. Maaf PAS Marang, sila cuba lagi . 

 Dr Rozaimi Ramle
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Dr Rozaimi Ramle Jawab Entah Apa-Apa Pas Marang"

Posting Komentar