Loading...
Hakim Mahkamah Rayuan Enggan Tarik Diri. Hakim Mahkamah Rayuan Idris Harun menolak permohonan daripada kerajaan negeri Selangor agar beliau menarik diri daripada mendengar rayuan kes oleh kerajaan negeri itu untuk mencabar persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dijalankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerajaan negeri Selangor membuat permohonan agar Idris menarik diri daripada mendengar kes tersebut memandangkan beliau sebelum ini mempengerusikan panel hakim dalam kes yang dibawa ahli Parlimen pembangkanng berhubung pertikaian kawasan pilihan raya.
Hakim Mahkamah Rayuan Enggan Tarik Diri. “Saya dapati tiada merit bagi permohonan ini," kata Idrus kepada peguam Ambiga Sreenevasan, yang mewakili kerajaan negeri.
Idrus yang mengetuai panel tiga hakim, sepatutnya mendengar usul untuk mengenepikan satu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas suruhanjaya tersebut pada hari ini.
Selangor berusaha agar Idrus menarik diri, yang merupakan seorang daripada tiga pertikaian undang-undang antara SPR dan Adun Batu Lintang (PKR Sarawak) See Chee How dan Naib Presiden PKR Nurul Izzah.
Satu rujukan juga dibuat kepada keputusan Mahkamah Rayuan pada 28 November oleh panel tiga hakim, di mana Idrus turut menjadi hakim, mengenai cabaran undang-undang oleh pengundi Melaka, yang diketuai oleh Chan Tsu Chong terhadap SPR.
Dalam keputusan itu, Mahkamah Rayuan membuat kesimpulan SPR "tidak boleh dihalang dengan cara apa pun untuk melaksanakan fungsi perlembagaannya kerana tindakan campur tangan untuk menangguhkan amalannya di negeri Selangor."
Hakim Mahkamah Rayuan Enggan Tarik Diri
Kesimpulannya selanjutnya mengatakan SPR "secara perlembagaannya terikat untuk meneruskan semua siasatan tempatan bagi menunaikan kewajiban perlembagaannya."
Dalam notis usul untuk menarik diri, Selangor selanjutnya menyatakan Idrus "menafikan semua hak dan tidak mempedulikan hak pemilih lain di Selangor yang membuat bantahan" di bawah Seksyen 5 Perlembagaan Persekutuan.
Ambiga selanjutnya mengemukakan kepada panel permohonan penangguhan memandangkan notis singkat yang diberikan oleh SPR.
"Kita perlu memasukkan afidavit. Mengapa tergesa-gesa?" katanya kepada mahkamah.
"SPR mempunyai tempoh hingga September 2018 untuk menyempurnakan persempadanan semula mereka. Tiada sebab praktikal bagi permohonan ini di saat kebanyakan orang sedang bercuti."
Pada Khamis, Mahkamah Tinggi memutuskan kerajaan negeri Selangor tidak boleh mencabar pelaksanaan persempadanan semula SPR.
Hakim Azizul Azmi Adnan berkata, mahkamah tidak boleh campur tangan dalam pelaksanaan persempadanan semula, yang menurut beliau ia adalah bidang kuasa eksklusif badan perundangan itu.
Hakim Mahkamah Rayuan Enggan Tarik Diri
Notis SPR untuk mengetepikan keputusan Azizul hanya tertakluk kepada kerajaan Selangor dua hari lalu.
"Pilihan raya umum tahun depan. Jika itu menjadi alasannya, maka ia tidak wajar, kerana SPR mesti bertindak bebas daripada kerajaan," kata Ambiga.
Idrus membenarkan kes ditangguhkan pada Isnin.
Hakim Mahkamah Rayuan Enggan Tarik Diri. Selangor memfailkan permohonan semakan kehakiman pada Oktober tahun lepas, menamakan SPR, pengerusinya Hashim Abdullah dan setiausaha Abdul Ghani Salleh sebagai responden. – MI
Iklan
Loading...
0 Response to "Hakim Mahkamah Rayuan Enggan Tarik Diri"
Posting Komentar