Loading...

Hanipa Maidin Jawap Presiden Parti Perasan Suci...

Loading...
Oleh Hanipa Maidin


1. Ada orang hantar kepada saya kenyataan akhbar presiden parti suci yang nampaknya memberi reaksi terhadap gelaran kumpulan suci yang dilabel kepada parti yg beliau terajui. 

2. Sbg menghormati susah payah beliau memberi response itu, saya bacalah juga tapi dengan penuh struggle utk habiskan. 

3. Kenyataan beliau itu, dengan hormat, penuh dgn tuduhan x betul dan kadangkala saya rasa orang gila pun tak percaya dengan tuduhan beliau. Contohnya dia kata " mereka juga gagal menolak PAS dari belakang supaya menyertai BN, di mana mereka juga sgt bernafsu menyertainya..." 

4. Beliau juga seolah olah meletakkan puak mereka setaraf Nabi Allah Lut a.s dan mereka yang menggelar mereka dengan golongan suci seolah olah setaraf kaum Nabi Lut a.s.

5.Beliau juga kata parti suci tak kisah kalah atau menang pilihanraya...ehem.

(Korang boleh ikuti kenyataan manusia yang perasan suci di sini - al Husseyn)

 Maaflah kena jawab.

a. Nak tanya sikit lah. Adakah hanya kerana anda berserban, berjubah, bertitle tok guru maka anda rasa anda ada monopoli berbicara isu agama...maknanya anda sorang sahaja betul. 

b.Terimalah hakikat pahit andalah punca parti anda hancur berkecai dan dihina sebegitu rupa. 

c. Janganlah rasa hanya kerana anda tok guru dan quoted ayat ayat suci kenyataan anda hebat dan kena diikuti. Maaflah mungkin utk orang lain but not for me.... 

d. Saya kata tadi kami tak perlu susah payah keluar parti suci dan bina drp awal parti baru jika parti yang kamu terajui tak dilihat mesra dan bagi byk nyawa kpd BN khususnys dlm isu 1MDB. 

e. Mengambil secara terpisah ayat al quran tanpa melihat konteks yg sebenar dan ditempel dlm kenyataan anda dan cuba tonjolkan puak2 anda seolah olah menerima nasib spt Nabi Lot a.s , maaflah itu teknik lama dan teknik yang paling tak bertanggungjawab. 

f. Gelaran kpd parti kamu sbg puak suci bukan suka suka. Ia berasaskan bayyinah dan qarinah. 

g. Tak kisah menang atau kalah pilihanraya. Dengan siapa anda nak berlawak? tubuh parti politik, masuk pilihanraya, selalu kata Islam perlu kuasa utk berdaulat, lepas tu kata tak pe menang atau kalah. Ada lagi ke perkara lucu selain perkara itu. Be honest lah! 

#hidup politik matang dan sejahtra#
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hanipa Maidin Jawap Presiden Parti Perasan Suci..."

Posting Komentar