Loading...

Hanya Pak Menteri yang sudah bersara boleh didakwa...

Loading...

 Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun berkata, Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim yang terbabit dalam kerugian forex Bank Negara 30 tahun lalu, disiasat atas tuduhan pecah amanah.

 Mereka disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan jenayah pecah amanah oleh kakitangan awam. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda yang akan ditentukan oleh mahkamah.

Tetapi ketika Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain memfailkan saman terhadap Najib Tun Razak yang didakwa melakukan salah laku dalam pentadbirannya berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Mahkamah Tinggi telah menolaknya.

Mahkamah memutuskan bahawa Perdana Menteri dan Timbalannya serta Setiausaha Politik tidak tergolong dalam takrifan penjawat awam.

Mereka tidak boleh disaman atas alasan salah laku kerana mereka bukan penjawat awam, sebaliknya merupakan ahli pentadbiran Persekutuan. Baca selengkanya di sini

Rupa-rupanya Pak Menteri yang sudah bersara dari jawatan mereka barulah boleh didakwa.

Inilah yang mereka sedang lakukan ke atas mantan PM Tun Mahathir dan mantan Timb PM, DS Anwar Ibrahim.

 Walaupun telah 30 tahun isu kerugian Forex itu telah berlalu, kenapa hanya baru sekarang mahu di bawa ke pengadilan.

Kerugian Forex yang dialami adalah jelas berlaku dalam urusan pelaburan mata wang.

Berbeza sekali dengan isu kerugian yang dialami oleh 1MDB yang menanggung jutaan hutang bukan kerana urusan pelaburan atau kerana membeli harta yang boleh dijual.Tetapi duit itu hilang kerana penipuan, kena songlap oleh MO1 dan kroninya!

Singapura telah melakukan beberapa tangkapan, menutup bank dan mengisytiharkan bahawa pengubahan wang haram dilakukan dengan melibatkan wang 1MDB tetapi peliknya di Malaysia Kerajaan Malaysia menegaskan tidak ada salahnya 1MDB!

 Adalah tidak masuk akal bila kerajaan Malaysia di bawah Najib berusaha keras dengan mengada-adakan alasan untuk memenjarakan Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim!
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hanya Pak Menteri yang sudah bersara boleh didakwa..."

Posting Komentar