Loading...
Jamal Yunos Bongkar Rahsia PKR. Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mengancam akan mendedahkan seorang lagi pemimpin Pemuda PKR cabang yang didakwa memiliki kekayaan luar biasa.
Tanpa mendedahkan namanya, Jamal mendakwa mempunyai bukti mengenai kekayaan pemimpin Pemuda PKR cabang itu dan akan memilih tarikh sesuai untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Jamal Yunos Bongkar Rahsia PKR. “Saya minta SPRM siasat, kami akan buat laporan kepada SPRM. Kami sudah ada bukti, kami akan susun seperti mana kami laporkan mengenai Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly,” katanya dipetik Malaysiakini.
Pada 15 November 2016, Jamal membawa wartawan menaiki helikopter meninjau “kekayaan” Adam yang didakwa memiliki banglo dan kereta mewah.
Pendedahan itu berjaya membuahkan hasil apabila SPRM menyiasat dan mendakwa Adam ke mahkamah mengenai banglo RM1.2 juta miliknya di Kampung Melayu Ampang.
Jamal Yunos Bongkar Rahsia PKR
Mengulas lanjut, Jamal berkata, pemimpin Pemuda PKR cabang itu mempunyai kaitan rapat dengan Adam dan anak saudara menteri besar Selangor yang ditahan SPRM kelmarin atas dakwaan rasuah mengenai perlombongan pasir sejak 2014.
“Semalam anak buah Azmin ditahan (dan SPRM rampas) RM4 juta. Itu tidak sampai 10% (kekayaan pemimpin Pemuda PKR cabang itu). Banyak lagi.
“Saya dimaklumkan mereka simpan samunan lanun mereka di luar negara. Saya beri amaran kepada ketua AMK (cabang) berkenaan siap sedia anda, kami akan kerjakan selepas ini.”
Jamal Yunos Bongkar Rahsia PKR
Pemimpin Gerakan Baju Merah itu mendakwa ketua Pemuda PKR cabang itu mempunyai kekayaan di luar negara seperti London, Singapura, Australia serta Indonesia, dan ia akan disalurkan menerusi perkhidmatan tukaran wang asing bagi menampung perbelanjaan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Jamal Yunos Bongkar Rahsia PKR. “Jadi nak PRU, mereka dah susun geng-geng mereka melalui ‘money changer’ nak masukkan kembali duit-duit itu ke dalam negara menghadapi PRU.” - fmt
Loading...
0 Response to "Jamal Yunos Bongkar Rahsia PKR"
Posting Komentar