Loading...

KETIADAAN HADI DI HIMPUNAN SOLIDARITI JADI PERSOALAN?

Loading...

Berita yang paling menarik hari ini di himpunan solidariti untuk Palestin bukan kerana Najib Razak bersedia untuk dikerat seketul-ketul demi mempertahankan masjid al Aqasa tetapi ianya ketidakhadiran pemimpin agung Pas Hadi Awang ke majlis itu.

Tidak cukup seriau dengan kegagalan Hadi hadir itu, ia juga tidak diganti dengan Tuan Ibrahim Tuan Man, atau pun Idris Ahmad atau Mohd Nik Abdullah dan seorang lagi naib presiden Pas.

 Parti agama itu diwakili oleh budaknya sahaja untuk berucap sepentas dengan Najib. Tidak sampai lima minit budak itu berucap. Dengan mengirimkan budak itu tindakan Pas itu secara tidak langsung memperlekehkan Najib. Kalau pun Hadi uzur atau pun ada urusan penting, sepatutnya beliau mengirimkan Tuan Ibrahim atau pun Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan mewakilinya.

 Persoalan kini kenapa pemimpin tidak hadir dan sedia untuk duduk sepentas dengan Najib? Mungkin mereka takut dan sudah dapat berasakan kesan kehadiran itu. Kehadiran Hadi dalam himpunan solidariti Rohingya dengan Najib siap pakai sedondon, mungkin memberi pengajaran besar kepada Pas. Bahawa ahli dan penyokong di peringkat bawahan tidak senang dengan penampilan itu. Penampilan itu dilihat “persenyawaan” Pas dengan Umno tanpa memasuki kamar tidur.

 Benar, selepas peristiwa itu dan beberapa peristiwa lain setelah Hadi menunujukkan rindunya (baca gian) kepada Umno orang bawahan Pas yang menganggap Umno musuh sejak dari rahim lagi, mengkritik Pas, mereka tidak senang dengan ulah pemimpin Pas itu. Kesan daripada tidak senang itu mereka (ahli Pas) yang ragu dan cemuh dengan Umno bertindak menghentikan langkah dan ada yang menyertai Parti Amanah Negara kerana serabut dengan Pas hendak berbaik dengan Umno.

 Bahawa dakwaan pemimpin Pas parti itu menerima keahlian ribuan dalam sebulan hanya bual di tepi longkang masjid sahaja. Kalau Pas dan Hadi tidak gentar dengan sikap ditunjukkan orang Pas itu, pasti solidariti hari ini digemerlipkan dengan salaman dan dakapan pemimpin Pas dengan Umno. Tidak nampak pula saya dari skrin tv yang ada pemimpin Pas?

 Apakah “kekanyalan” Pas itu ada kena mengena dengan kajian dibuat buat oleh Invoke mendapati sokongan Melayu kepada Pas kini tidak sampai 16%? Mungkin ia, kerana kalau Pas benar benar mendapat sokogan Melayu atas semangat agama dan bangsa sudah pasti hari ini himpunan solidariti yang merupakan ta’awun Pas dengan Umno itu dihadiri lebih daripada 7,000 orang. Setidak-tidaknya sampai 

Ertinya kini Pas mungkin sedang mempertimbangkan beberapa keputusan yang sudah dibuat selama ini. Dan ini menunjukkan jelas bahawa berlaku pertembungan dan pertelingkahan pendapat dalam Pas. Dapat disimpulkan ada dua puak dalam Pas kini, satu yang mahu meneruskan ijal kabul dengan Umno manakala yang satu lagi mahu dilakukan perkahwinan gantung sahaja.Trims.

MSO
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "KETIADAAN HADI DI HIMPUNAN SOLIDARITI JADI PERSOALAN?"

Posting Komentar