Loading...

Lagi Skandal Felda Terbongkar

Loading...
Lagi Skandal Felda Terbongkar. Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad tidak mahu ada pihak tertentu membuat tuduhan melulu terhadap agensi itu.

Sebaliknya, beliau mencabar pihak yang membuat tuduhan tersebut agar tampil memberikan bukti sahih.

“Jika benar ada lagi skandal (dalam Felda), maka tunjukkan. Janganlah suruh kita korek (cari).


Lagi Skandal Felda Terbongkar. “Nanti korek-korek, kalau tak ada, buang masa kita. Kalau betul ada skandal sebut,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman yang mendakwa kes tanah Felda di Jalan Semarak adalah sebahagian isu yang sudah dibongkarkan dan masih ada isu lain yang diketahui dan akan didedahkan.

Sementara itu, Shahrir sekali lagi menegaskan isu pemindahan tanah Felda yang dipindah milik melalui transaksi diragui adalah yang terakhir untuk diperjuangkannya dalam meletakkan kembali Felda di landasan betul.

Lagi Skandal Felda Terbongkar


“Saya ingat tak ada lagi (isu). Isu sebelum ini juga sudah dibawa ke mahkamah. Sebelum ini pun dia (Mazlan) kata macam-macam pada Felda. Dia dakwa penipuan kadar perahan minyak (oil extraction rate ‘OER’) oleh Felda.

“Kemudian pembangkang pula kata, Felda sudah bankrap. Kita ambil tindakan dan kita menang. Ini satu tuduhan dan kita telah minta pihak bertanggungjawab siasat,” katanya.

Lagi Skandal Felda Terbongkar. Menurut Shahrir, Felda juga sentiasa terbuka untuk disiasat oleh SPRM sekiranya agensi penguat kuasa itu merasakan ada perkara yang tidak kena. -sinar




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image








Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Lagi Skandal Felda Terbongkar"

Posting Komentar