Loading...

Mahkamah gugur tuduhan ke atas Cikgu Azizan

Loading...
SEREMBAN: Mahkamah Majistret Seremban hari ini menarik balik pendakwaan terhadap guru sekolah Azizan Manap, dan menggugurkan tuduhan memukul seorang murid.
loading...

Majistret Mohd Zaki Abdul Rahman turut mengarahkan wang jaminan RM500 yang ditetapkan untuk pembebasan Azizan sebelum ini dikembalikan.

Oktober lalu, Azizan dihadapkan di mahkamah di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas tuduhan memukul seorang pelajar, yang menurut pihak sekolah terbabit dalam beberapa pelanggaran disiplin.

Jika disabit, Azizan boleh dihukum setahun penjara, denda RM2,000 atau kedua-dua sekali.

Azizan hari ini ditemani di mahkamah oleh kira-kira 200 orang yang kebanyakannya guru bagi menyatakan solidariti terhadapnya.

Sebelum ini, warga guru dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolahnya, Sekolah Kebangsaan Taman Semarak di Nilai, melancarkan kempen menyokong Azizan.

"Tujuan cikgu tersebut adalah untuk mendidik, PIBG risau jika sikap segelintir ibu bapa seperti ini akan menyebabkan kes displin akan menjadi lebih parah dan merebak di kalangan murid-murid SK Taman Semarak akibat KETAKUTAN DAN KERISAUAN cikgu-cikgu untuk membentuk disiplin anak-anak SK Taman Semarak selepas ini," menurut mesej di aplikasi Telegram oleh Yang Dipertua PIBG sekolah itu.

Kempen itu turut menerima sokongan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) yang turut mengajak guru berhimpun di mahkamah esok, di samping menyediakan peguambela untuk Azizan.

Sumber: FMT
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Mahkamah gugur tuduhan ke atas Cikgu Azizan"

Posting Komentar