Loading...
Pengarah JASA Menggelupur Kepanasan. Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata Peguam Negara Amerika Syarikat (AS) Jeff Sessions hanya mengulangi pandangan pendahulunya tanpa menyedari saman sivil Jabatan Kehakiman AS (DoJ) tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jasa, Tun Faisal Ismail Aziz berkata komen Sessions yang 1MDB adalah "kes kleptokrasi pada tahap paling parah" dan AS berusaha untuk memberi keadilan kepada mangsa-mangsa membuktikan beliau tidak memahami fakta sebenar.
Pengarah JASA Menggelupur Kepanasan. "Lebih-lebih lagi apabila dokumen saman sivil ini hanyalah berdasarkan aduan dan andaian semata-mata sedangkan FBI belum lagi melakukan sebarang penyiasatan yang berjaya mengadakan bukti yang melangkaui keraguan yang munasabah," kata Tun Faisal yang merupakan bekas exco Pemuda Umno dalam satu kenyataan hari ini.
Pengarah komunikasi strategik Jasa itu bertanya siapa "mangsa terlibat" sebagaimana didakwa Sessions.
"Apabila saya bertanyakan soalan kepada Thomas Goldstein, antara peguam Mahkamah Agung berpengalaman di AS mengenai justifikasi DoJ memfailkan saman ini dengan mengaitkannya dengan 1MDB sedangkan 1MDB tidak pernah membuat aduan dan mengaku dana atau wang kepunyaannya dicuri?
Pengarah JASA Menggelupur Kepanasan
"Goldstein juga menjelaskan DoJ berada dalam kebuntuan kerana 1MDB (1Malaysia Development Berhad) menegaskan wang yang didakwa hilang itu bukan wang mereka, sedangkan kes ini adalah dibina atas kepercayaan wang ini diambil daripada 1MDB berdasarkan aduan yang dibuat oleh pihak yang tidak mewakili 1MDB," kata Tun Faisal.
Pemimpin Umno berkata AS perlu menyiasat dana kekayaan kerajaan Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (Ipic), sebaliknya kerana ia mendakwa kehilangan wang.
Ipic mendakwa 1MDB tidak menghormati pembayaran tertentu dan membawa kes itu ke Mahkamah Timbangtara Antarabangsa London.
Antara aduan utama adalah 1MDB tidak membayar pinjaman AS$1.2 bilion kepada Ipic.
1MDB mendakwa ia membayar AIC (BVI), manakala firma Abu Dhabi berkata walaupun ia berkongsi nama yang sama dengan unitnya, namun bukan milik mereka.
Ipic dan 1MDB menyelesaikan pertelingkahan itu pada April, dengan 1MDB bersetuju membayar Ipic AS$1.2 bilion dalam dua tahap – yang pertama pada Julai dan yang kedua pada 31 Disember.
Tun Faisal berkata Sessions perlu tahu kes-kes pengubahan wang haram di Singapura juga tiada kaitan dengan 1MDB kerana ia tidak mempunyai akaun di sana.
"Pihak Berkuasa Monetari Singapura mengarahkan Falcon Bank menutup operasinya di sana kerana bank itu 'tidak memahami undang-undang pengubahan wang haram Singapura'. Ia tidak diperintahkan ditutup kerana 1MDB," kata Tun Faisal.
Pengarah JASA Menggelupur Kepanasan
Selain Falcon Bank, Bank Pembangunan Singapura, Union Bank of Switzerland dan BSI Bank juga mempunyai kelemahan yang sama, katanya.
"Mungkin Sessions perlu dimaklumkan bahawa kes di Luxembourg juga tiada kaitan dengan 1MDB walaupun ia berkaitan dengan beas pengarah pengarah Ipic, Khadem Al Qubaisi.
"Laporan baru itu mengaitkan Rotchschild (dari Luxembourg) kepada Al Qubaisi dan bukan ketua pegawai eksekutif 1MDB Arul Kanda atau bekas CEO Shahrul Azral Ibrahim Halmi."
Pengarah JASA Menggelupur Kepanasan. "Mungkin lebih wajar Sessions terlebih dahulu menjawab soalan-soalan ini sebelum terus membuat kenyataan, iaitu pertama, mengenai siapa sebenarnya yang kehilangan wang, Ipic atau 1MDB". – MI
Iklan
Loading...
0 Response to "Pengarah JASA Menggelupur Kepanasan"
Posting Komentar