Loading...

Pengganti Ahmad Maslan Telah Ditemui

Loading...
Pengganti Ahmad Maslan Telah Ditemui. Bagi mengelak rakyat terus terbeban dengan kos sara hidup dikatakan semakin meningkat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan giat menerangkan konsep asas ekonomi serta pengurusan kewangan diri di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pegawai-pegawai kementerian akan dihantar memberi ceramah di seluruh kampung, sekolah dan institusi pengajian tinggi untuk membolehkan masyarakat memahami sekali gus bijak mengawal diri dalam berbelanja.

Pengganti Ahmad Maslan Telah Ditemui. "Apabila bercakap soal kos sara hidup, kita sepatutnya perlu tengok beberapa elemen. Kita tidak boleh kata kos sara hidup itu naik semata-mata tentang satu harga barang sahaja, sebab kalau ikutkan barang juga terbahagi kepada beberapa faktor.

“Satu, barang-barang keperluan asas di mana kerajaan akan mengawal harganya seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan gas memasak. 

Ini memang terkawal tidak naik harga, maka jika kata kos sara hidup naik sebab barangan, ini tidak betul," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Tahunan Gasma (Gabungan Ahli Sunnah) 2017 kali kedua di George Town, Pulau Pinang hari ini.

Pengganti Ahmad Maslan Telah Ditemui


Turut hadir Pengerusi Gasma Abdullah Yasin dan Mufti Mekah Sulaiman Al-Salumi.

Kos sara hidup berbalik kepada masyarakat

Mengulas lanjut, Hamzah yang juga Penasihat Gasma berkata segalanya adalah berbalik kepada masyarakat itu sendiri untuk mencorak kehidupannya dalam menguruskan kewangan dan perbelanjaan masa kini dan mentafsirkan apa dikatakan kos sara hidup meningkat itu.

"Dari segi gaya hidup sekarang, masalahnya kita hendak tunjukkan dari segi status...kalau nak kereta mesti berjenama, bukan kita hendak kereta itu kerana keperluan hendak menggunakan kereta.

"Ini masalah kita, jadi kalau hendak menggunakan kereta kerana keperluan, kita pilih ikut kemampuan kereta mana kita mampu.

"Selain itu, untuk jaga kesihatan kita, kerajaan jaga supaya semua yang sakit boleh pergi hospital bayar murah saja dan boleh dapat apa saja perkhidmatan. Bayar RM1 sudah dapat perkhidmatan dari hospital, jadi di mana masalahnya?

"Masalahnya ialah ukur baju sendiri (ukur baju di badan sendiri). Ini sesuatu yang kita sendiri sepatutnya kawal," katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa cuba membantu dari segi meningkatkan pendapatan bukan sahaja untuk negara malah kepada mereka yang berniaga, pegawai kerajaan dan sebagainya.

"Kita juga membantu rakyat untuk mereka mampu membeli, contohnya kepada mereka yang gred bawah B40, kita berikan BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia)," katanya.

Pengganti Ahmad Maslan Telah Ditemui


Dari segi kenaikan harga barangan basah seperti ikan dan daging pula, Hamzah berkata ia mengikut kepada permintaan bekalan.

"Mengenai barangan basah seperti sayur, ikan, daging dan ikan ada permintaan terhadap bekalan...waktu bekalan cukup harganya stabil. Bila bekalan tidak mencukupi contohnya musim tengkujuh sekarang, nelayan tidak keluar menangkap ikan, jadi tidak cukup bekalan, sudah tentu harganya berubah.

Pengganti Ahmad Maslan Telah Ditemui. “Mana mungkin kita hendak mengawal harga bila bekalan tidak cukup. Begitu juga dengan daging kalau import sudah tentu mengikut pertukaran mata wang yang menyebabkan ada turun naik," katanya. -bernama





Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pengganti Ahmad Maslan Telah Ditemui"

Posting Komentar