Loading...

PERANG SARAF BERMULA ? BIARKAN MEREKA BERAMBUSSSSS !

Loading...

  DASAR PAS TIDAK AKAN BERUBAH, SEKALIPUN IA DIKATAKAN TIDAK SEPERTI PADA ZAMAN NIK AZIZ. PERLU DI INGAT BAHAWA ZAMAN NIK AZIZ JUGA ADA KELEMAHANNYA KERANA ZAMAN NIK AZIZ TIDAK SEPERTI ZAMAN POLITIK SEMASA 

MUNGKIN TIMBULNYA CAKAP-CAKAP RAMAI PEMIMPIN PAS YANG AKAN MENINGGALKAN PAS KERANA ADA KEPENTINGAN ? ITU TIDAK MENGAPA, BIARKAN MEREKA BERAMBUSS,

 APA MAKSUD GOLONGAN PROFESIONAL DISISIHKAN ? TOLONG TUNJUK BUKTI ,ATAU PENGANALISIS POLITIK SENGAJA HENDAK TIMBULKAN ISU DARI SUARA LAMA YANG LAPOK ? 

  SUMBER PORTAL ITU DATANG DARI LANGIT MANA ?

 NAIB PRESIDEN BOLEH NAFIKAN BERITA TERSEBUT, NAMUN MENGAPA BERITA ITU SEMPAT TERSEBAR LUAS TANPA DIHIDU LEBIH AWAL ?

 BERSETUJU ! YANG NAK TINGGALKAN PAS PERGI BERAMBUSSS, JANGAN DIPERSALAHKAN MEREKA. 

 JAWAPANNYA MUDAH, JIKA KERANA PEMIMPIN YANG MENYEBABKAN MEREKA KELUAR PARTI, BIARKAN MEREKA BERAMBUSS, SEPATUTNYA MEREKA MENYERTAI PAS ADALAH KERANA DASAR PARTI, BUKAN KERANA PEMIMPIN.

 HANYA DENGAN SEBAB BERCANGGAH PENDAPAT KELUAR PARTI ? INILAH PENGKHIANAT !

 

Pas perlu terbuka kaji masalah dalaman parti

AddThis Sharing Buttons

Pas
(Ubah saiz teks) 
 
SHAH ALAM - Pas perlu melihat secara terbuka faktor-faktor yang mendorong kepada penyebaran khabar angin bahawa terdapat wakil rakyat serta pemimpin dari parti itu di Selangor akan menyertai PKR.
  
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, Pas pada hari ini dilihat tidak mempunyai pendirian dan dasar yang sama sewaktu berada di bawah kepimpinan bekas mursyidul amnya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dan sebab inilah timbulnya cakap-cakap bahawa ramai pemimpin Pas lain akan keluar dan menyertai parti lain.

“Hala tuju dan ideologi baharu ini lagi bertambah buruk apabila ramai golongan-golongan profesional di dalam Pas telah disisihkan dari barisan kepimpinan parti itu dan ia pasti memberi kesan serta impak buruk,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum ini, sebuah portal memetik sumber sebagai berkata, jentera pilihan raya PKR Selangor diminta bersedia menerima gelombang kemasukkan kedua pemimpin dan ahli Pas negeri itu termasuk bertanding atas tiket parti reformasi pada PRU14 nanti.

 Namun begitu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Samad menafikan dakwaan berkenaan dan berkata laporan portal itu sengaja dicipta bagi menganggu persiapan Pas Selangor dalam menghadapi pilihan raya.

Sehubungan itu, Marthada memaklumkan bahawa pada masa kini, Pas tidak sewajarnya menyalahkan mana-mana pemimpin mereka yang ingin keluar parti namun sepatutnya menganalisis punca berlakunya tindakan tersebut.

“Apabila ada pemimpin mereka yang ingin keluar daripada parti kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan yang ada, maka persoalan yang perlu dijawab ialah mengapa ia berlaku.

“Pas tidak wajar menyalahkan pihak-pihak yang meninggalkan parti Islam itu serta mengenakan tindakan disiplin namun mereka perlu menganalisis punca perkara itu berlaku,” katanya.

Tambahnya, budaya lompat parti bukannya merupakan perkara baharu di dalam Pas memandangkan sebelum ini golongan profesional di dalam parti Islam itu juga turut menubuhkan Amanah ekoran percanggahan pendapat antara satu sama lain.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohammad Fuad Othman berkata, penyebaran khabar tersebut dilihat tidak akan memberi kesan mendalam kepada Pas.

Beliau berkata, Pas perlu berjaga-jaga bagi menangkis sebarang serangan yang dilontarkan kepada mereka selepas ini khususnya menjelang PRU14 tidak lama lagi.

“Apa yang terjadi (penyebaran khabar angin) ini tidak menjejaskan Pas namun mereka perlu berjaga-jaga bagi meneruskan momentum menjelang PRU14 nanti.

“Bukan Pas sahaja perlu berjaga-jaga namun parti-parti lain pun perlu melakukan tindakan sama bagi memastikan tempat dan kawasan dimenangi mereka akan selamat dalam PRU14 nanti,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Mohammad Fuad berkata, budaya lompat parti merupakan satu perkara yang dibenarkan dalam peruntukan undang-undang namun secara moralnya tindakan itu dilihat tidak baik.

“Sebagai wakil rakyat yang dilantik di bawah sesebuah parti, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya untuk lompat parti.

“Jika tidak, ia dianggap seolah-olah pihak berkenaan telah mengabaikan suara-suara yang melantik dan memilih mereka,” katanya.
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PERANG SARAF BERMULA ? BIARKAN MEREKA BERAMBUSSSSS !"

Posting Komentar