Loading...

PKR Akan Menamakan Calon PM

Loading...
PKR Akan Menamakan Calon PM. PKR meminta ruang untuk berbincang pada peringkat parti sebelum boleh menamakan calon perdana menteri Pakatan Harapan yang dipersetujui oleh parti itu, kata Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil.

Katanya, isu utama yang dihadapi oleh PH ialah "mempertahan agenda perubahan yang wajib berlaku dalam negara" dengan reformasi yang menyeluruh dan bukan hanya menukar perdana menteri yang ada sekarang.

PKR Akan Menamakan Calon PM. "Bagi pihak pimpinan parti, saya ingin menegaskan bahawa (PKR) hanya meminta ruang untuk membincang dan membina konsensus di dalam isu ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi ini.

Jelas Fahmi, sebelum ini ada dibincang soal calon perdana menteri sementara dan kini timbul cadangan nama untuk mempertimbangkan Dr Mahathir Mohamad.

Malah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim juga meminta pimpinan PH agar "berlapang dada serta berunding dengan semua pihak" termasuk pertubuhan masyarakat agar gabungan pembangkang itu tidak kelihatan terburu-buru.

Kenyataan Fahmi itu adalah untuk mengulas laporan media, yang memetik sumber, mengenai perkembangan perbincangan dalaman parti itu tentang calon perdana menteri PH.

The Malaysian Insight malam tadi melaporkan PKR sudah setuju Dr Mahathir Mohamad jadi perdana menteri sementara jika PH menang pilihan raya, tetapi dengan tiga syarat.


PKR Akan Menamakan Calon PM


Tiga syarat itu adalah sebaik saja jadi kerajaan di Putrajaya, Dr Mahathir hendaklah mengusahakan Anwar Ibrahim dibebaskan segera dari penjara dan membuka jalan untuk beliau dilantik perdana menteri dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan.

Syarat kedua, PKR bertanding kerusi Parlimen paling banyak iaitu sekurang-kurangnya 60 kerusi, dan syarat ketiga, Dr Mahathir setuju melaksanakan reformasi ke atas institusi-institusi negara.

"Saya mengambil maklum laporan media yang memetik sumber berkaitan pandangan pimpinan (PKR) terhadap cadangan perdana menteri Pakatan Harapan," kata Fahmi, tidak menafikan dan tidak mengiyakan laporan itu.

Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dalam wawancara yang disiarkan The Malaysian Insight hari ini berkata PH tidak ada pilihan, mesti menamakan calon perdana menterinya sebelum PRU14 kerana rakyat mahu tahu siapa yang akan mereka undi untuk mengetuai kerajaan sekiranya gabungan pembangkang menang pilihan raya.

Kata Muhyiddin, bagaimana sukar sekali pun untuk menentukan calon perdana menteri itu, ia mesti diputuskan dan diumumkan sebelum pilihan raya.

Beliau memahami PKR memerlukan ruang untuk berbincang dan mencapai konsensus "tetapi seharusnya jangan dilambat-lambatkan".

Muhyiddin, yang juga pengarah jawatankuasa pilihan raya PH, berkata beliau yakin kemelut itu akan dapat diselesaikan.

PKR Akan Menamakan Calon PM


Muhyiddin juga berkali-kali menafikan cadangan menamakan Dr Mahathir itu agenda Bersatu yang mahukan calon dari parti itu sendiri, sebaliknya menegaskan ia sesuatu yang rakyat mahu.

"Yang hendak memberikan kuasa itu rakyat, kita hanya menawarkan saja. Rakyat hendak lihat kewibawaan, keupayaan dan kepemimpinan," katanya.

PH dilihat berdepan kesulitan untuk mengesahkan calon perdana menterinya selepas ia dicadangkan dalam pemukiman gabungan pembangkang itu di Putrajaya pada awal bulan ini.

The Malaysian Insight sebelum ini melaporkan Pengerusi PH, Dr Mahathir Mohamad dicadangkan sebagai perdana menteri sementara, manakala Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Kecuali PKR, cadangan itu dipersetujui oleh parti komponen PH yang lain – Bersatu, DAP dan Amanah.

Dalam mesyuarat biro politik PKR tiga hari selepas pemukiman itu, parti itu tidak mencapai kata putus bersetuju atau menolak sebaliknya hanya mengambil maklum cadangan tersebut dan mahu ia dibincangkan lebih lanjut pada peringkatan dalaman parti.

PKR Akan Menamakan Calon PM. Semalam, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menafikan partinya membantah cadangan memajukan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sebaliknya mengatakan fokus PH sekarang ialah untuk menang pilihan raya. – the malaysian insight




Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PKR Akan Menamakan Calon PM"

Posting Komentar