Loading...
Proses Kontroversi Suruhanjaya Pilihan Raya. Selepas beberapa bulan tertangguh, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini akan menjalankan semula proses kontroversi persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor, proses yang dikatakan isyarat paling jelas bilakah sebenarnya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan diadakan.
Perbicaraan awam yang pertama di Selangor akan diadakan bagi Parlimen Kelana Jaya petang ini, dan SPR dijadualkan mendengar bantahan daripada pengundi tentang cadangan sempadan baharu bagi kawasan itu.
Proses Kontroversi Suruhanjaya Pilihan Raya. Pakatan Harapan (PH) dan badan pemantau pilihan raya mendakwa cadangan sempadan baharu atau persempadanan semula kawasan Parlimen dan dewan undangan negeri (DUN) itu tidak adil, dan akan mewujudkan kawasan pilihan raya yang dipenuhi hanya satu-satu kaum.
Kumpulan seperti Bersih 2.0 dan Engage dijangka akan membantu pengundi membuat bantahan terhadap sempadan baharu yang dicadangkan serta mendesak SPR meminda cadangannya.
Pada perbicaraan awam hari ini, yang dijadual berlangsung di Hotel Grand Blue Wave di Shah Alam, SPR dijangka mendengar bangkangan daripada 20 pembantah.
Penyelaras Nasional Kumpulan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan Semula, sebuah badan di bawah Engage, Thomas Fann berkata separuh daripada 835 bantahan yang diterima oleh SPR semasa cadangan sempadan baharu yang diusulkan dipamerkan kepada umum di seluruh negara datangnya dari Selangor.
"Berdasarkan kepada proses persempadanan semula sebelum ini, SPR biasanya memanggil separuh daripada mereka yang mengemukakan bantahan untuk hadir perbicaraan awam.
Proses Kontroversi Suruhanjaya Pilihan Raya
"Mereka yang tidak dijemput itu SPR hanya kata mereka tidak memenuhi syarat, tanpa menyatakan alasan kenapa," katanya kepada The Malaysian Insight.
Sumber memberitahu pada sesi perbicaraan hari, antara bantahan yang akan dibangkitkan termasuk peningkatan jumlah pengundi dalam kawasan pilihan raya itu serta saiz kawasan yang bertambah luas.
Kedua-dua bantahan itu dikemukakan atas kebimbangan khidmat wakil rakyatnya akan terjejas kerana jumlah penduduk yang banyak atau saiz kawasan yang luas.
Kelana Jaya mempunyai 56,790 pengundi. Dua kawasan DUN di bawahnya iaitu Subang Jaya dan Seri Setia masing-masing mempunyai 40,366 dan 18,692 pengundi.
Ahli Parlimen Kelana Jaya ialah Wong Chen dari PKR, manakala ADUN Subang Jaya ialah Hannah Yeoh dari DAP sementara ADUN Seri Setia ialah Nik Nazmi Nik Ahmad dari PKR.
Mereka yang ditolak bantahannya dinasihatkan supaya menghubungi dan mencabar SPR untuk memberi alasan kenapa bantahan mereka tidak dilayan.
"Mereka patut desak penjelasan dan minta untuk didengar. Beberapa orang melakukannya di Kuala Lumpur dan akhirnya SPR memanggil mereka," katanya.
Siri perbicaraan awam di Selangor disambung semula selepas kerajaan Selangor kalah kes mahkamah dalam cubaan menghalang SPR daripada meneruskan proses ke peringkat ini.
Kes itu cuba menangguhkan perbicaraan awam sementara Selangor mendapatkan keputusan mahkamah untuk mengisytiharkan proses itu tidak berperlembagaan.
Wakil rakyat PH Selangor berhujah cadangan persempadanan baharu itu tidak adil kerana memberi kelebihan kepada Barisan Nasional untuk merampas semula Selangor.
Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP Dr Ong Kian Ming berkata proses itu akan mengurangkan jumlah kerusi campuran. Pada PRU 2013, PH menang kebanyakan kerusi ini.
Pemerhati meramalkan apabila proses persempadanan semula bagi Selangor siap menjelang pertengahan Januari, Perdana Menteri Najib Razak akan mengadakan sidang khas Parlimen untuk meluluskan sempadan baharu itu.
Najib hanya memerlukan majoriti mudah di Dewan Rakyat untuk meluluskannya.
Apabila semua itu selesai, pilihan raya dijangka akan diadakan selepas Tahun Baru Cina pada 16 Februari tetapi sebelum bermulanya bulan Ramadan yang akan jatuh pada 17 Mei.
Menurut Fann, tujuh pesuruhjaya akan hadir pada perbicaraan hari ini dan mendengar semua bantahan.
Proses Kontroversi Suruhanjaya Pilihan Raya
"Seksyen 5 pada Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan menyebut panel penuh pesuruhjaya harus hadir pada sesi perbicaraan.
"Sekiranya tiada panel penuh, pembantah boleh menghubungi Bersih," katanya.
Setiap pembantah diberi masa 30 minit untuk membentangkan bantahan, dan mereka disaran menggunakan seluruh masa yang diperuntukkan.
"Biasanya pesuruhjaya tidak akan mencelah atau bertanya soalan," katanya.
Perbicaraan akan dijalankan dalam Bahasa Melayu dan mereka yang tidak fasih boleh, dengan izin pesuruhjaya menggunakan Bahasa Inggeris, tambahnya.
Apabila perbicaraan berakhir, SPR akan meneliti bantahan tetapi terpulang kepada mereka sama ada menerimanya dan meminda sempadan yang dicadangkan.
Selangor mempunyai 22 kerusi Parlimen dan 56 kerusi negeri. Setiap perbicaraan awam dikendalikan mengikut kawasan Parlimen.
Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin menyifatkan keputusan SPR mengadakan perbicaraan pada minggu cuti Krismas dan tahun baru satu cubaan untuk menyegerakan proses persempadanan semula itu.
Proses Kontroversi Suruhanjaya Pilihan Raya. "Kenapa hendak cepat-cepat? Boleh saja buat pada Januari," katanya. – the malaysian insight
Iklan
Loading...
0 Response to "Proses Kontroversi Suruhanjaya Pilihan Raya"
Posting Komentar