Loading...
Diajak beramai-ramai mendoakan "pembalasan" terhadap Malaysiakini oleh seorang pemimpin PAS, seorang pendakwah dan pensyarah universiti berpendapat laporan disiarkan portal ini bukan bersifat fitnah.
Menurut Dr Rozaimi Ramle beliau tidak melihat laporan Malaysiakini berhubung isu dirujuk Ahmad Dusuki Abd Rani itu bukan seperti yang didakwa.
"Kalau berita ini saya tidak lihat ia (sebagai laporan) fitnah," katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Semalam Ahmad Dusuki yang juga anggota Jawatankuasa Perhubungan PAS Selangor memuat naik status di Facebooknya mengajak orang ramai mendoakan "pembalasan" ke atas Malaysiakini.
"Saya kira inilah laman yang menjadi batu api kepada ummah ini, hidup melaga-lagakan ummah bagi melihat ummah semakin parah perpecahannya.
"Mulai malam ini saya dan sahabat-sahabat mengajak agar kita berdoa kepada Allah, supaya Allahlah yang layak membalas kepada ‘batu api’ ini.
"Hidup kerja memfitnah dan melaga-lagakan ummah.. Doakan dalam tadahan doa kita di penghujung malam saat mustajab doa ini," katanya dalam kemas kini di Facebook.
Mengiringi kenyataan itu ialah tangkap layar (screen capture) laporan mengenai jemputan berdialog oleh Rozaimi kepada Ahmad Dusuki yang menuduhnya mungkin akan mempertahankan kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) suatu hari nanti
Puncanya, Rozaimi yang terkenal sebagai seorang pakar hadis mempertikaikan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai kewajaran orang Islam membeli barangan jualan orang fasik (melanggar perintah Allah atau berbuat maksiat).
Orang akan tak percaya ustaz
Dalam video berkenaan, Ahmad Dusuki yang memang turut terkenal sebagai penceramah agama melahirkan rasa pelik apabila "pakar hadis" berkenaan mempertikaikan kenyataan Tuan Ibrahim.
Rozaimi menghantar jemputan untuk berdialog itu bagi menjernihkan keadaan behubung tuduhan berkenaan selepas menonton sendiri rakaman video ceramah Ahmad Dusuki.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Rozaimi memberitahu pihaknya sedang menunggu jawapan balas daripada Ahmad Dusuki.
Bagaimanapun difahamkan Ahmad Dusuki belum memberi sebarang maklum balas terhadap jemputan Rozaimi.
Untuk rekod laporan berkenaan disiarkan lebih enam bulan lalu.
Sementara itu pendakwah bebas Datuk Dr Abdul Basit Abdul Rahman ketika ditanya mengenai tindakan pendakwah menyeru orang ramai mendoakan keburukan ke atas seseorang berkata, amalan itu hanya wajar terhadap seseorang yang zalim.
Menjawab pertanyaan Malaysiakini secara umum Abdul Basit juga menjelaskan sesuatu perselisihan antara golongan agamawan tidak wajar dibiarkan berlanjutan.
“(Jika berterusan) masyarakat jadi keliru dan hilang kepercayaan kepada ustaz-ustaz,” katanya.
Beberapa hari lalu Rozaimi diserang penyokong PAS selepas beliau mengulas kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai amalan menamakan calon pemimpin.
Antara lain pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris itu dilabel sebagai "anjing" dan "doktor hadas".

0 Response to "'Saya tak lihat ia fitnah...'"
Posting Komentar