Loading...
PUTRAJAYA 18 Dis. - Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) akan melaksanakan sukatan teknologi hijau dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) sepenuhnya menjelang tahun 2020 sebagai usaha menyemai kesedaran dan memupuk gaya hidup hijau dalam kalangan pelajar.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, KeTTHA melalui Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) dengan kerjasama Pusat Pendidikan dan Latihan Tenaga Boleh Baharu, Kecekapan Tenaga dan Teknologi Hijau (CETREE) Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kementerian Pendidikan akan menyemak semula isi kandungan kurikulum berkaitan teknologi hijau.
Beliau berkata, modul kurikulum teknologi hijau akan dimasukkan dalam mata pelajaran seperti Sains, Kimia, Biologi dan Fizik.
"Ini dijangka dilaksanakan sepenuhnya pada tahun 2020. Saya telah berbincang dengan Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid supaya ia boleh mula dijalankan pada tahun depan untuk melatih guru-guru yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan Krismas dan Tahun Baharu KeTTHA, di sini hari ini.
Beliau berkata, seramai 1,700 guru akan dilatih secara khusus untuk memastikan tenaga pengajar adalah mencukupi dalam proses pengajaran.
Sementara itu, Ongkili berkata, YaHijau akan melaksanakan program kadet sukarelawan dalam kalangan generasi muda, khususnya pelajar sekolah dan universiti sebagai usaha untuk meningkatkan kesedaran dan kepentingan amalan dan gaya hidup hijau.
"Sukarelawan ini akan bertindak sebagai promoter untuk amalan gaya hidup hijau dan penjagaan alam sekitar secara berterusan dalam kalangan masyarakat," katanya.
YaHijau ditubuhkan untuk memberi pendidikan, kesedaran dan menggalakkan penyertaan orang ramai khususnya masyarakat di peringkat akar umbi dan badan korporat berhubung aplikasi teknologi hijau dan pembudayaan amalan hidup hijau.
Ia juga berperanan mempromosi serta meningkatkan kefahaman, pendedahan dan penghargaan serta minat dalam memperkasakan gaya hidup hijau dalam kalangan masyarakat akar umbi termasuk pelajar universiti dan sekolah.
- BERNAMA
loading...

0 Response to "Sukatan teknologi hijau dalam KSSM menjelang 2020"
Posting Komentar