Loading...
Jelas sekali para walaun tidak mengambil iktibar dan enggan menjadikannya sebagai panduan.
Para walaun semakin bebal dan bengap tidak tidak mahu ambil peduli dan mengabaikan nasihat berguna yang terkandung dalam 10 perkara tulisan Ketua Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan at-Tantawi yang disiarkan akhbar resmi parti itu, Harakah dan diberi judul FITNAH MUTAWAATIR. < klik
Dalam perkara yang ke-10, Nasruddin menasihatkan dengan jelas anggota jamaah Islam jangan sekali-kali pernah terjebak dalam kancah penyebaran fitnah, apatah lagi mencipta fitnah.
Namun para walaun yang bebal dan dan bengap tetap dengan sikap walaunnya seperti mana yang digambarkan oleh Nasrudin sendiri dalam perkara ke-6 nya :
6. Fitnah ini lahir dari kebankrapan hujjah dan isu. Juga hasil dari runtuhnya nilai akhlak dan peribadi. Pengamal fitnah ini mewarisi saka iblis yang liar dan buas.
Bahawa walaun bebal dan bengap ini mewarisi saka iblis yang liar dan buas, bankrap hujah dan isu, tidak ada nilai akhlak dan peribadi! Bukan aku kata, itu Nasrudin sendiri kata!
Benar sunggoh apa yang Nasrudin katakan dalam perkara yang ke-2 bahawa :
2. Fitnah dikarya dengan penuh licik dan teliti sehingga sukar dibezakan antara fitnah dan kebenaran. Fakta separa masak diolah dengan cermat, susunan plot fitnahnya rapi sekira-kira boleh melepasi scanner kebenaran.
Hahaha! Aku paparkan contoh, bagaimana walaun bebal dan bengap mengolah fitnah terhadap Ust Wan Ji untuk membunuh karektor seseorang, terutama pada zaman digital hari ini ialah FITNAH:
Apakah begini caranya tugasan wajib dan jihad Islami yang mesti digalas oleh para pejuang Islam dengan gigih dan tekun dalam usaha menghapuskan politik fitnah Budaya Politik Matang dan Sejahtera ?
Sebagaimana nukilan Nasrudin dalam perkara yang ke-9 :
Apakah begini caranya tugasan wajib dan jihad Islami yang mesti digalas oleh para pejuang Islam dengan gigih dan tekun dalam usaha menghapuskan politik fitnah Budaya Politik Matang dan Sejahtera ?
Sebagaimana nukilan Nasrudin dalam perkara yang ke-9 :
9. Sasaran Budaya Politik Matang dan Sejahtera ialah menghapuskan politik fitnah. Meskipun sukar, ia antara tugasan wajib dan jihad Islami yang mesti digalas oleh para pejuang Islam dengan gigih dan tekun. Ranking fitnah yang paling tinggi ialah kesyirikan kepada Allah swt dalam ideologi dan pegangan hidup.Biar aku tolong ulangi sekali lagi nasihat Nasrudin menerusi perkara yang ke-10:
10. Pengamal dan penyebar tegar fitnah ini tidak akan berjaya di dunia dan akhirat. Justeru itu, anggota jamaah Islam jangan sekali-kali pernah terjebak dalam kancah penyebaran fitnah, apatah lagi mencipta fitnah. Amalkan konsep Tabaayun sebelum sebar sebarang maklumat.Berikut adalah kenyataan asal Ust Wan Ji yang walaun olah dan jadikan fitnah :
ELAK TAASSUB, DAKWAH MEREKA
Oleh : Wan Ji bin Wan Hussin
1. Dalam Islam, melukakan diri sendiri pun sudah diharamkan. Sudah pasti, membunuh diri lebih-lebih lagi salah dalam agama.2. Kelihatan, tindakan memperingati kematian artis yang bunuh diri itu, datang dari sifat taasub. taasub kepada ulama pun dilarang dalam agama. Justeru, amalan taassub itu wajar dielak, sama ada dalam perkara agama, lebih-lebih lagi terhadap artis.3. Setakat ini, saya tidak berjumpa lagi seorang pun ulama Islam yang membenarkan amalan memperingati kematian seseorang dalam kerangka Taassub ini. Dalam tradisi ahli al-sunnah wa al-Jamaah pula, amat jelas menolak amalan meratap kematian.4. Justeru, saya mencadangkan agar pihak pendakwah Islam, ataupun di pihak jabatan mufti menganggap kalangan Muslim yang mengamalkan ini sebagai sasaran dakwah. Tidak mencela atau memaki mereka, jauh sekali menjatuhkan hukum kepada mereka. Sebaliknya, menjelaskan kepada mereka bahawa amalan tersebut tidak wajar diamalkan.Wallahu A'lam. #IslamPenang
Loading...
0 Response to "WALAUN BEBAL DAN BENGAP ABAIKAN NASIHAT AT-TANTAWI"
Posting Komentar