Loading...
KENYATAAN KADIR JASIN YANG TELAH KEHILANGAN DEDAK.
KENYATAAN KADIR HANYA SEKADAR HENDAK MENGALIH ISU BERSATU YANG SANGAT BANYAK KELEMAHAN.
ROS DIMINTA SIASAT SECARA TELITI PARTI BUNGA RAYA YANG TIDAK TAHU BUAT KERJA ADMIN YANG BANYAK BUAT KERJA BODOH.
PARTI BUNGA RAYA YANG KUCAR KACIR SEPATUTNYA SUDAH LAMA DI BATALKAN.
-Pak Karamu-
Pas anggap dakwaan hanya ciptaan pengampu Umno
Idris Ahmad - Foto sumber internet
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Dakwaan wujud pakatan rahsia antara Presiden Umno dan Pas pada PRU14 hanyalah spekulasi ciptaan pengampu Umno yang kehilangan dedak.
Naib Presiden Pas, Idris Ahmad berkata, kenyataan Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin mengenai perkara itu hanya sekadar andaian yang tidak berasas sama sekali.
“Awak (A Kadir) tak layak bagi kenyataan seperti ini, Pas lawan Umno sebab dasar yang diperjuangkan Pas, zaman (Tun Dr) Mahahir pun kita lawan, zaman Najib pun kita lawan, bukan kerana orang, jadi tak timbul soal hubungan yang macam tu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Tegas Idris, selama 27 tahun Pas memerintah Kelantan, parti Islam itu menang secara majoriti yang tidak didalangi oleh apa-apa perjanjian rahsia.
“Saya sentiasa terlibat dalam pelbagai mesyuarat penting Pas, dari soal manifesto, pembahagian kerusi dan semuanya, jadi kita tahu apa yang Pas buat,” katanya.
Beliau berkata, meskipun A Kadir terlibat sebagai pimpinan tertinggi Bersatu, tetapi beliau sebenarnya masih dianggap pengampu Umno.
“Puak-puak ni tak leh pakai semuanya, mabuk ‘dedak’ sebab tak cukup makan. Dulu masa Mahathir dalam Umno beri cukup makan. Itu saja.
“Yang boleh lawan Umno/BN ni Pas sahaja, awak sekarang bukan lawan Umno, tapi lawan Najib, awak meninggalkan legasi buruk zaman Umno,” katanya.
Loading...
0 Response to "DAKWAAN KADIR SETELAH KEHILANGAN DEDAK"
Posting Komentar