Loading...

Esok masih ada matahari untuk Amanah Johor, kata Salahuddin Ayub

Loading...

 DAPAT hanya dua kerusi Parlimen di Johor bukan bermakna Amanah akan hilang di negeri itu, kata timbalan presiden parti itu, Salahuddin Ayub.

Amanah sebaliknya akan dapat lebih banyak kerusi negeri di Johor, katanya yang juga pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH) Johor.

“Sebagai pemimpin nasional kita melihat gambaran besar untuk PH. Saya dan pemimpin tertinggi Amanah dan Pakatan perlu mengambil risiko apa yang berlaku selepas mesyuarat (rundingan kerusi).

“Di Johor, angkanya begitu kecil dan kami rela bekerja untuk kerusi negeri.

"Mentari masih bersinar esok. Kita akan dapat lebih kerusi peringkat negeri untuk meneruskan kerja parti,” katanya kepada wartawan di Konvensyen PH di Shah Alam hari ini.

Salahuddin mengulas tindakan boikot yang dilakukan oleh pimpinan Amanah Johor sebagai membantah pembahagian kerusi Parlimen yang akan ditandingi oleh PH di negeri itu.

Pengerusi Amanah Johor Amiroulhuda Hassan hari ini berkata pihaknya hanya diberikan dua kerusi berbanding lima yang dicadangkan, daripada keseluruhan 26 kerusi bagi kawasan Parlimen.

The Malaysian Insight difahamkan Bersatu akan bertanding 10 kerusi di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, sementara PKR 8 dan DAP 6.

Salahuddin berkata beliau menghormati mereka yang meluahkan rasa tidak puas hati itu dan berkata tindakan tidak akan diambil terhadap mereka.

Ditanya apakah tindakan itu melanggar konsensus yang dicapai oleh PH, Salahuddin berkata beliau ada pandangan yang berbeza.

"Ia perkara biasa. Ini bukan hari pertama kami dalam politik. Tiada tindakan terhadap perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu juga menganggap bantahan ini sebagai perkara biasa.

“Ini gaduh pasal kerusi, biasalah,” katanya.

Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir pula menafikan terdapat “boikot” sebaliknya sesetengah pimpinan Amanah negeri hanya “tidak hadir.”

“Khabar anginnya mereka tidak gembira sangat. Tapi kadang-kadang dalam perbincangan kerusi, kita tak boleh dapat apa yang kita minta.

“Saya tahu mereka bekerja keras dan jawatankuasa pusat akan bertemu mereka. Saya akan bercakap dengan Mat (Mohammad) Sabu dan tentukan tarikh pertemuan.

“Ia bukan perkara besar dan boleh diselesaikan,” katanya.

Selain pimpinan Amanah Johor, The Malaysian Insight difahamkan beberapa pimpinan parti di negeri lain juga tidak berpuas hati dengan jumlah kerusi Parlimen yang diberikan kepada parti itu, antaranya Perak.

Pengerusi Amanah Perak Asmuni Awi mengesahkan kepada The Malaysian Insight beliau tidak hadir ke konvensyen PH di Shah Alam hari ini.

"Saya sendiri tak datang kerana pembahagian kerusi, tetapi orang lain (dari Amanah Perak) datang," katanya. – 7 Januari, 2018.~ sumber

Mohd Fitri Bin Asmuni: Sikit itu bukan maksudnya kita lemah dan kalah. Dalam sejarah perjuangan, nabi banyak mengajar kita, adakalanya kita perlu mengalah demi mencapai matlamat yang lebih besar.

 Pimpinan telahpun membuat keputusan secara musyawarah. Mereka telah lakukan yg terbaik untuk mencapai yg terbaik. 

 Jadi bersabarlah..bukankah itu lebih baik? Ketepikan emosi. Terus jalan untuk PH demi Malaysia. Insyallah PRU-14 adalah hari kemenangan rakyat.

 Maaf kalau ada yg tersinggung.

Farouk Harakiri : 52 kerusi yg Bersatu dapat tu adalah kawasan lubuk umno. Kalau pun Amanah atau PKR yg dapat kawasan berkenaan. Ia seakan memberi umno senyum lebar.

 Mmg banyak kerusi yg pkr dan amanah mahu pun Dap yg sukar menang di kawasan2 luar bandar.

 Perhitungan ini dan agihan ini bukan kerja mudah.  Kecuali DAP yg dapat 30++ sahaja tetapi itu kawasan hijau yg selesa untuk DAP..  Bagi aku agihan ini fair yg penting umno harus di tewaskan. Pas di kubur kan

Ahmad Muslim Badawi Badawi: Baca Malaysiakini tadi, katanya Amanah johor nak boikot Konvesyen sebab tak puas hati agihan kerusi di Johor.. macam budak2..

 Dari dulu aku tulis, Amanah seharusnya mengecilkan sasaran kerusi yg dipertandingkan PRU 14, serah banyak kerusi yg dulu ditandingi PAS kepada Bersatu, sebenarnya mengecilkan sasaran ada strategi membina kekuatan.. Amanah hanya tumpukan kerusi2 yg telah dimenangi PAS, dan berpegang kepada prinsip pertahankan kerusi marginal separa bandar dan bandar.. dan mengundur diri dari kawasan luar bandar(Majoriti Melayu)....

 Kadang2 Pemimpin Amanah ni Nafsu dia besar jugak.. sepertimana yg aku pernah kritik 2 tahun dulu, penyertaan Amanah didalam PRN Sarawak.. dia pun sibuk nak bertanding di Sarawak..katanya ini masa nak uji kekuatan.. tetapi membuang kekuatan kewangan yg boleh digerakkan di semenanjung..

 Amanah seharusnya membiarkan Bersatu Bertanding Kerusi 75-80% Melayu.. sebabnya kawasan2 ini walaupun yg ditandingi itu banyak, peluang untuk menang haya sekitar 40-55%.. berbanding Kerusi yg PAS sudah menang, Peluang untuk menang adalah 50-60%.. walaupun kerusi yg ditandingi Bersatu itu banyak..tetapi resikonya besar, sebab lawan mereka adalah UMNO..komponen terkuat dalam BN..

 Apa yg pelu Amanah lakukan, setiap kerusi Bersatu..persiapkan calon simpanan, ramalan aku.. ramai dari calon2 Bersatu akan dibeli.. diculik dan menghilangkan diri menjelang Penamaan Calon.. ia pernah berlaku di awal kelahiran PKR..malah berlaku dalam PRN sarawak.. walaupun Bersatu mereka mempunyai kerusi yg banyak, tetapi tidak mempunyai keupayaan meletak Calon yg heba, tidak sekuat Amanah..

 Belajar dari kebijaksanaan parti Politik dan gerakan Islam seperti Hamas di palestin, Hezbullah di Lubnan dan An Nahdah di Tunisia.. mereka mempunyai kekuatan dari segala sudut, tetapi mengendurkan penguasaan Politik di hanya di beberapa kawasan.. Hezbullah hanya menguasai selatan Lubnan, dan Hamas hanya di semenanjung Gaza, dan Annahdah mengendurkan penguasaan pemerintahan kepada kelompok sekularis.. Belajar akibat dari kegelojohan Ikhwan Muslimin di mesir, dan akhirnya hanya dalam tempoh setahun Morsi tersingkir dari kerusi Presiden..
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Esok masih ada matahari untuk Amanah Johor, kata Salahuddin Ayub"

Posting Komentar