Loading...

Hj Hadi Kecam Pemimpin Arab : Seperti Kuali Mengatakan Belanga Hitam

Loading...
Festival MyAqsa anjuran Yayasan MyAqsa dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) khabarnya telah dihadiri lebih 100 ulama dari kira-kira 30 negara.


Pas telah dilihat memainkan peranan yang penting untuk mempromosikan festival tersebut dengan mengubah tajuknya Festival MyAqsa menjadi "Himpunan 100k" Kah! Kah! Kah!

Tetapi Festival tersebut gagal mencapai sasaran 100K kerana beberapa media perdana melaporkan 50K sahaja.

Entah betul atau tidak dakwaan 50K media perdana itu tak kisahlah.Tapi lihatlah sendiri rakaman melalui link ini >
https://www.youtube.com/watch?v=a_Sx_IS07zI&feature=youtu.be

  Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mewakili kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang mewakili Kesatuan Ulama Islam Sedunia. ~ sumber

Nak tanya, betulkah Hj Hadi mendapat mandat dari Kesatuan Ulama Islam Sedunia untuk mewakilinya? Saya timbulkan persoalan ini kerana dua perkara berikut :

 1) Prof. Dr. Abdel Fattah al-'Awaisiy pernah mengecam keras kehadiran Hj Hadi ke 'penyatuan Islam' di Teheran sebagai sangat mengaibkan dan menganggap Hj Hadi telah bersekongkol dalam jenayah pencerobohan di Syria.

Beliau telah mengutus surat kepada Kesatuan Ulama Islam Sedunia meminta supaya Hj Hadi dipecat dari keahlian Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Sila rujuk di sini

Haraka pernah siarkan berita bohong ini... 
2) Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) yang diketuai Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan setiausaha agungnya Dr. Ali al-Qaradaghi membantah keras lawatan lawatan Hj Hadi ke Tehran dan menyatakan pemergian Hj Hadi ke Iran TIDAK MEWAKILI KESATUAN ULAMA ISLAM.

Sebelum itu, setpol Hj Hadi menulis di Harakah Daily menjelaskan tentang pemergian Hj Hadi ke Iran adalah mewakili KUIS. Sila rujuk di sini

3) Hj Hadi pernah menyatakan mahu letak jawatan selaku Naib Ketua Kesatuan Ulama sedunia.

Beliau menyatakan telah menghantar surat kepada Dr Yusuf al-Qardawi bagi tujuan tersebut.

 Sambil itu, beliau mendakwa bahawa Dr Yusuf sebagai tersangat uzur, telinga pekak, mata tak berapa nampak... klik vdonya :

https://www.youtube.com/watch?v=mruAyCSe6Us

Kembali kepada Festival MyAqsa tersebut, Hj Hadi telah mengkritik pemimpin dunia Islam, khususnya di Timur Tengah, yang menurutnya bersekongkol dengan Israel dalam isu Baitulmaqdis. 
 “Ada pemimpin Arab yang kaya raya tapi miskin jiwa, bertindak memujuk rakyat Palestin menyerahkan Baitulmaqdis kepada Yahudi tetapi umat Palestin menolak tawaran ini. 
 “Orang Islam mesti menyedari Baitulmuqaddis milik umat Islam. Tawaran berbilion dolar kepada pemimpin Palestin diberikan tapi sejahil orang Islam mereka tidak menerimanya dan tak mudah tunduk kepada Israel,” katanya ketika berucap di hadapan ribuan yang hadir pada Himpunan Munajat MyAQSA di Dataran Putrajaya, semalam. Baca lagi di sini 
Kah! Kah! Kah! Hj Hadi ada hati nak kritik dunia Arab kerana bersekongkol dengan Israel. Baguslah tu....

 Tapi lebih bagus lagi kalau dia tidak lupa melihat pada dirinya sendiri yang saling tak ubah macam pemimpin pak Arab yang dia kecam tu. ini kerana dia sendiri bersekongkol dengan Bapak Segala Penyangak Umno Bn untuk meneruskan rejim Kleptokrat di Malaysia.

Hj Hadi kecam pemimpin Arab kaya raya tapi miskin jiwa, tapi dia sendiri lupa yang para pemimpin Pas termasuk dirinya sendiri kaya raya dengan dedak dari berbagai sumber termasuklah dari sumber 1MBD...

Menurut CLARE REWCASTLE BROWN pengarang Sarawak Report melalui kenyataan pembelaannya yang dikeluarkan pada 21 April 2017.

"Lebih daripada RM200 juta telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak dari mana peristiwa PAS secara rahsia dibiayai mempromosikan puak ulama yang diketuai oleh Hj Hadi." dakwa Clare.

 Beliau mendedahkan bagaimana Ahli Parlimen PAS dan pemimpin kanan parti suci itu telah membeli kereta baru, mewah dan rumah baru. Menikah dengan isteri kedua dan ketiga, dengan perbelanjaan yang lebih tinggi berbanding dengan gaji politik mereka dan apa yang mereka boleh bayar sebelum ini.

Clare mendakwa, sejak 2014, berjuta-juta ringgit telah dibayar kepada Nasharudin oleh atau bagi pihak Najib Razak, termasuk wang yang disalurkan oleh Najib Razak dari 1MDB, yang dibayar kepada akaun bank peribadi Najib Razak oleh anak syarikat 1MDB SRC International Sdn Bhd.

Dakwaan yang sama pernah dibuat oleh Rafizi Ramli melalui satu akuan bersumpah tetapi sehingga kini entah apa sebabnya Nasharudin tidak berani saman Rafizi. Baca lagi di sini

Itulah perangai manusia bernama Hj Hadi yang menganggap dirinya suci dan hanya tahu melihat dan mengecam cela yang ada pada orang lain, tidak pada dirinya sendiri.

Hj Hadi tidak ubah seperti kuali mengatakan belanga hitam ...
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hj Hadi Kecam Pemimpin Arab : Seperti Kuali Mengatakan Belanga Hitam"

Posting Komentar