Loading...

Hj Hadi nak panjat Pokok tak berbuah pula dah....

Loading...

Hj Hadi kata, PAS bukan parti yang laksana Mat Jenin kerana cuma memanjat pokok berbuah namun mati akibat bergayut di dahan rapuh. 

Sebaliknya, kata presiden PAS itu budaya parti berkenaan tidak hanya memanjat pokok yang berbuah saja seperti dalam cerita Mat Jenin 

 "PAS sanggup memanjat pokok yang tidak berbuah dan belum berbuah kerana keyakinannya akan berbuah (juga) apabila tiba masanya jika dibajakan atau dicantas dahannya. ~ Baca lagi di malaysiakini

Ish Ish... Hj Hadi, hang nak gi panjat pokok tak berbuah apa kena dengan ko? Biar betul ji! nanti monyet-monyet ketawa terkentut-kentut kat mung ji!

Aku habaq hang ji, tak ada faedah panjat pokok getah walaupun dia ada buah! Apatah lagi pokok-pokok yang memang tidak berbuah... 

Pokok pisang walau pun dia ada buah, belum pernah ada orang yang gi panjat untuk ambil buahnya, habaq hang ji!

Kalau dah ko gila-gila sangat nak panjat pokok sermata-mata nak tunjuk ko hero, biarlah pokok yang buahnya sudah ranum masaknya... 

Meh sini sat biaq aku habaq hang pasal Mat Jenin...

Pertamanya, Mat Jenin bukanlah manusia bodoh macam Pas yang nak gi panjat pokok yang baru dibajakan atau dicantas dahannya dan masih belum lagi berbuah! Monyet yang memang suka memanjat pokok pun tidak akan buat kerja bodoh macam tu!

Mat Jenin merujuk kepada kisah seorang pemuda yang terlalu kuat berangan-angan.

Kalaulah beliau berjaya melakukan apa yang dirancangnya itu, maka beliau layak digelar sebagai "pakar strategis"

Namun kegagalan utama Mat Jenin ialah kerana beliau dibuai oleh angan-angannya dengan hanya berimaginasi diatas pokok kelapa tanpa merealisasikan strateginya itu dalam bentuk nyata (hanya dalam pemikiran).

Apa bezanya Hj Hadi dengan Mat Jenin? Aku lihat mereka berdua saling tak tumpah.

 Hj Hadi dan Mat Jenin ni menjadi bahan gurauan kerana watak bodoh pintar masing-masing.

1) Hj Hadi mempunyai "impian Mat Jenin" iaitu ingin menjadi 'King Maker'.

2) Hj Hadi mempunyai "perancangan Mat Jenin" yang teratur dengan langkah demi langkah -  Mahu bertanding 130 kerusi tapi hanya mahu menang 40 kerusi sahaja!

3) Hj Hadi mempunyai "cita-cita Mat Jenin"  iaitu mahu perintah 5 negeri sahaja, yang lain tu biar Umno Bn perintah....

4) Hj Hadi mengalahkan Mat Jenin kerana beliau mahu jadi PM Malaysia! Sedangkan Mat Jenin hanya mahu kawin dengan puteri raja saja...
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Hj Hadi nak panjat Pokok tak berbuah pula dah...."

Posting Komentar