Loading...

Husam ajak Solat Hajat bersama pun nak disaman?

Loading...
Minggu lalu dilaporkan Husam Musa secara terbuka telah mempelawa pemimpin dan ahli Pas Kelantan untuk hadir ke majlis solat Hajat yang akan diadakan di Wisma Tok Guru Jumaat depan. 

 Pelawaan itu dituju langsung kepada Ahmad Yakob dan Mohd Amar Nik Abdullah dan berharap ia disahut untuk membuktikan parti dokongan mereka mengamalkan politik matang. 

 “Saya buka pintu untuk orang Pas datang bersembahyang hajat di Wisma Tokguru, datanglah nak solat hajat berapa banyak pun,” kata Husam dalam ceramahnya itu.

Pas kaji tindakan undang-undang terhadap Husam

Tetapi pelawaan tersebut telah ditolak oleh Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.

"Pas tolak jemputan itu dan tidak berminat untuk melayan ucapan Husam, tetapi hal ini melibatkan keputusan mahkamah maknanya ada kaitan dengan parti.

Malah beliau menuduh tindakan Husam itu seperti mendahului keputusan Mahkamah Tinggi Malaya terhadap Injunksi Erinford pada 8 Januari lalu. - Baca lagi di sini

Apa kena dengan sikap Pas Kelantan yang terlalu berdendam dengan Husam? Tidak menampakan langsung sikap persaudaraan sesama Islam.

Ajak berbuat perkara yang baik pun ditohmahkan sebagai angkuh, sombong dan provokatif.

Takkanlah Husam nak ajak lebai-lebai Pas pergi tebang balak baru mereka nak peluk cium Husam?
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Husam ajak Solat Hajat bersama pun nak disaman?"

Posting Komentar