Loading...

JONLIVIA | MAJLIS PELANCARAN SELUAR FITNESS-SKINCARE & PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR 'SLIMPLEZY CHALLENGE' 

Loading...

Jonlivia sebuah jenama pakaian sukan yang cukup terkenal dengan kualiti produknya. Selain dari mempunyai produk yang berkualiti tinggi dari material dan designnya, mereka juga mempunyai produk terbaru yang mempunyai banyak kelebihan yang di luar jangkaan.

PELANCARAN SELUAR FITNESS-SKINCARE


Jonlivia kali ini melancarkan sebuah produk seluar iaitu 'BlazePants Brightening Series'. Untuk pengetahuan korang, BlazePants Brightening Series ini merupakan seluar fusion yang mempunyai fungsi 3-dalam-1 iaitu membakar kalori empat kali lebih cepat, mendapat perlindungan UV sebanyak 50% dan mencerahkan serta melembabkan kulit. Seluar ini juga dicipta dari material berbau wangi (rose).

BlazePants Brightening Series
Apa yang boleh saya katakan, BlazePants Brightening Series ini cukup unik dan menarik. Reka bentuknya yang simple dan modern pasti akan memberi keyakinan pada si pemakai.

PERINGKAT AKHIR SLIMPLEZY CHALLENGE

Semasa majlis pelancaran BlazePants Brightening Series, mereka juga turut mengadakan araca akhir untuk Slimplezy Challenge. Untuk pengetahuan korang, Slimplezy Challenge ni merupakan sebuah acara yang telah ditaja oleh Jonlivia sebagai penaja utama. Terdapat 20 orang peserta bertanding untuk merebut gelaran juara. Para peserta telah bersama-sama dalam tempoh masa sebulan setengah, mengikuti sesi latihan intensi tinggi dan mencabar diri mereka untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan budaya hidup sihat.


Pada malam tersebut, hanya 3 orang pemenang yang di cari untuk 3 ketogoti yang dipertandingkan. Juara Slimplezy Challenge, Lim Siew Li telah menerima undian paling banyak dikalangan penonton yang hadir. Tahniah buat kesemua pemenang yang juga menerima wang tunai dan tiket kapal terbang dari AirAsia.



Untuk maklumat lanjut mengenai Jonlivia dan produk-produk keluarannya, korang boleh layari laman sesawang rasmi mereka di www.jonlivia.com. Jangan lupa ikuti laman media sosial Jonlivia di instagram dan facebook untuk perkembangan terkini mengenai produk terbaru keluaran Jonlivia
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "JONLIVIA | MAJLIS PELANCARAN SELUAR FITNESS-SKINCARE & PERTANDINGAN PERINGKAT AKHIR 'SLIMPLEZY CHALLENGE' "

Posting Komentar