Loading...

Kerajaan Campuran : Takiyuddin Vetto Dr Zuhdi

Loading...

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata tiada kerajaan campuran BN-PAS. 

 "Pandangan atau ulasan itu hanya bersifat peribadi dan andaian semata-mata, tidak langsung mewakili pendirian PAS atau Gagasan Sejahtera.

 "PAS mengesahkan tiada perbincangan atau keputusan mana-mana peringkat parti untuk menubuhkan kerajaan campuran dengan BN atau Pakatan Harapan dalam konteks PRU-14, sama ada sebelum mahu pun selepas PRU-14. ~ bharian.com

Takiyuddin cuba menafikan kenyataan Pengarah Pusat Penyelidikan Pas Pusat (PPP), Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki yang sebelum ini berkata, bahawa Pas akan membentuk kerajaan campuran bersama BN. ~ bharian.com

 Ini semua hanya bertujuan untuk mengelirukan dan membohongi rakyat. Pas sebenarnya sangat takut untuk berterus terang dalam perkara ini sebab tidak mahu para pendokongnya di peringkat akar umbi keluar parti kalau Pas buat kerajaan campuran bersama Umno Bn.

Maka lantaran itu, cepat-cepat Takiyuddin cuba menafikan kenyataan 'Mulut Cirit Birit' , Dr Zuhdi dengan berkata, bahawa itu adalah itu adalah pandangan atau ulasan bersifat peribadi dan andaian semata-mata...

Tetapi apa yang jelas kepada kita semua bahawa sedang ada pertelagahan di dalam Pas. Ingatkan bila kumpulan G18 dulu keluar Pas akan aman sejahtera... rupa-rupanya Pas masih diselubungi dengan masalah dalaman juga... Apa akan jadi bila Hj Hadi dah tiada??
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerajaan Campuran : Takiyuddin Vetto Dr Zuhdi"

Posting Komentar