Loading...
Oleh Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi
1. Semasa saya muda dulu, kalau saya berceramah, mulut saya jarang terlepas utk menyebut kalimah jihad. Dlm suatu ceramah saya yg dihadiri ramai polis, saya pernah menyebut tentang kesediaan berkorban darah.
2. Ada seorang orang terhormat di Perlis pernah menasihati saya, katanya, "Anta perlu bertenang, berlemah-lembut, jangan kasar dalam perjuangan. Ulama al-Azhar begitu lembut dlm dakwah mereka."
3. Saya balas teguran itu dgn kata, "Lembut tu sifat orang penakut. Sampai bila kita nak berlembut? Kita mesti tegas dgn prinsip kita." Begitulah lebih kurang respon saya. Orang terhormat itu sampai sekarang masih ada dan dia tetap saya hormati.
4. Pendek kata, jiwa muda saya ketika itu sentiasa memberontak dan melawan. Ya, usia pertengahan dua puluhan, tentulah kaya dgn idealisme dan mahukan perubahan segera. Lebih kurang seperti jiwa putera kpd Umar bin Abdul Aziz yg mahukan ayahnya segera laksanakan semua hukum Tuhan sebaik saja tertabal khalifah.
5. Apabila usia semakin bertambah, pemikiran juga semakin rasional. Kini saya lebih banyak berfikir terutama implikasi sesuatu tindakan sebelum bertindak. Jauh sekali utk mencari populariti atau gah dlm masyarakat.
6. Sebab itu apabila saya tengok segelintir anak muda yg kempen boikot pilihanraya dan undi rosak, saya tak terasa apa-apa sangat, sebab itulah jiwa orang muda, mcm jiwa saya dulu-dulu. Jiwa yg sentiasa berkobar-kobar dan mahukan perhatian dan perubahan segera.
7. Jadi, biarkanlah anak muda meraikan kobaran jiwa mereka. Akan sampai masanya mereka pula akan berkata kpd orang muda, seperti saya katakan kpd mereka hari ini. Tunggu saja saat dan ketikanya dgn sabar, ia tetap akan berlaku.
8. Jika anak muda hari ini tidak sebegitu, malulah jadi pemuda. Lebih baik jadi wanita tua kalau kobaran jiwa muda tidak diraikan. Tak gitu anak muda? Kerana sekarang saya dah tua...!
Loading...
0 Response to "KOBARAN JIWA ANAK MUDA"
Posting Komentar