Loading...
Korban Banjir Pertama. Seorang murid Tahun Satu menjadi mangsa pertama banjir di negeri ini selepas terjatuh ke dalam parit di Kampung Padang Jaya, Sungai Lembing di sini hari ini.
Mangsa, Muhammad Faris Aqeel Mohd Afif, 7, meninggal dunia selepas dipercayai lemas dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang tadi.
Ketika kejadian, anak sulung daripada dua beradik itu bermain air bersama adiknya, Muhammad Firas Adam, 5 dan dipercayai terjatuh ke dalam parit berhampiran sawah di kampung itu yang dilanda banjir.
Korban Banjir Pertama. Namun adiknya berjaya diselamatkan oleh jiran dan mangsa pula ditemui oleh bapanya, Mohd Afif Abd Razak,32, yang terjun mencari anaknya yang terjatuh ke dalam parit sedalam lapan meter.
Bapa mangsa memberikan bantuan pernafasan namun mangsa gagal diselamatkan. Mangsa dan adiknya adalah murid di Sekolah Rendah Islam Abim, Indera Mahkota.
Korban Banjir Pertama
Mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampun Afzan (HTAA) untuk bedah siasat dan adiknya ditempatkan di Unit Zon Kuning untuk pemantauan doktor.
Korban Banjir Pertama. Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah mencemar duli memberikan sokongan kepada keluarga mangsa dan tiba kira-kira jam 8.15 malam di pekarangan Unit Forensik HTAA. -sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "Korban Banjir Pertama"
Posting Komentar