Loading...
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata usaha mengesan Muhammad Riduan yang sebelum ini dikenali sebagi K. Pathmanathan, masih berterusan sejak 2014 berdasarkan waran untuk pengkomitan yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Ipoh pada 30 Mei 2014.
Kenyataan itu dikeluarkan susulan kenyataan Indira Gandhi bahawa pihak polis tidak lagi mempunyai alasan untuk tidak mencari dan menahan bekas suaminya, yang didakwa gagal menyerahkan anak perempuan mereka kepadanya.
Pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengarahkan Ketua Polis Negara menangkap Muhammad Riduan kerana mengingkari perintah Mahkamah Tinggi supaya menyerahkan anak perempuan bongsunya kepada bekas isterinya. Baca lagi di themalaymailonline
Benarkah apa yang telah dikatakan oleh KPN Mohamad Fuzi?
Pada pengamatan saya, kenyataan beliau amat janggal dan pelik. Saya sangat berkeyakinan untuk mengatakan KPN Fuzi Harun tidak berkata benar berdasarkan fakta kes berikut :
Pada 17 Dis 2014, dilaporkan Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi Ipoh telah melakukan kesilapan bila ia mengeluarkan perintah mandamus pada 12 September lalu, memerintahkan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar menangkap Mohd. Ridhuan Abdullah (suami Indira sebelum dia memeluk agama Islam) dan menyerahkan anak kecil Prasana Diksa (6 tahun) kepada Indira.
Ketika membenarkan rayuan KPN untuk mengetepikan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Aziz Ab Rahim memutuskan bahawa mahkamah tidak dapat menguat kuasakan perintah Mahkamah Tinggi itu kerana perkara itu melibatkan perbalahan peribadi.
Ini bermakna, Polis telah menghentikan sama sekali sebarang usaha untuk mengesan dan menangkap Muhammad Riduan setelah KPN Khalid Abu Bakar dapat mengetepikan perintah mandamus yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.
Maka ini bermakna kenyataan KPN Mohamad Fuzi Harun bahawa usaha mengesan Muhammad Riduan masih berterusan sejak 2014 adalah tidak benar!

KPN tidak boleh dipaksa tangkap
bapa mualaf, mahkamah putuskan

0 Response to "KPN Mohamad Fuzi Kantoi...."
Posting Komentar