Loading...
Mahadhir ingat penjara tu tak ada undang-undang sebab itu dia kata penjara tak benarkan dia jumpa Anuar.
Mahadhir boleh buat apa-apa tuduhan terhadap pehak yang berwajib mengikut selera dia demi politik.
Mahadhir boleh buat fitnah tuduhan ikut selera dia asalkan rakyat bersimpati dengannya.
Sebenarnya rakyat dah mula meluat dengannya termasuklah pimpinan parti didalam pakatan harapan.
Senang cerita la Penjara bukan Abah dia punya !
-Pak Karamu-
Tiada permohonan rasmi Tun M melawat Anwar
Zulkifli Omar
(Ubah saiz teks)
PUTRAJAYA – Jabatan Penjara Malaysia mengesahkan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membuat permohonan rasmi untuk melawat Ketua Umum Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabilitasi Cheras, semalam.
Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, Tun Mahathir seharusnya membuat permohonan terlebih dahulu sebelum melawat Anwar kerana ianya termaktub di dalam peraturan-peraturan penjara.
"Kalau Tun Mahathir ada membuat permohonan, kami akan mempertimbangkan permohonannya tetapi, belum pasti sama ada kami meluluskan permohonan itu," katanya ketika sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di ibu kementerian itu, hari ini.
Menurutnya, keputusan tidak membenarkan Tun Mahathir membuat lawatan tersebut bukannya atas arahan daripada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebaliknya keputusan itu dibuat sendiri oleh Jabatan Penjara Malaysia.
Sementara itu, Dr Ahmad Zahid berkata, beliau mempertaruhkan keyakinannya terhadap jabatan itu dalam membuat keputusan mengikut lunas undang-undang negara.
Semalam, Tun Mahathir meluahkan kekecewaannya setelah dapat tidak melawat Anwar dengan menyatakan larangan itu dibuat oleh KDN.
Loading...
0 Response to "MAHADHIR MULA NAK BERLAKON SUPAYA RAKYAT BERSIMPATI"
Posting Komentar