Loading...

MENANG RM20,000 SETIAP HARI DENGAN PERADUAN TEKA TEKAN HYPPTV

Loading...

1.0 LIVE INTERACTIVE GAME : TEKA TEKAN 

Pada 15 Januari 2018 yang lepas, satu rancangan berbentuk "Live Interactive Game" yang diberi nama Teka Tekan telah mula disiarkan di Unifi TV (nama baru bagi HyppTV) di channel HyppSensasi HD (Channel 116). Rancangan ni akan bersiaran lansung pada pukul 8.30 malam setiap hari dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Untuk pengetahuan korang ini merupakan "Live Interactive Game" yang pertama di Malaysia.

Penampilan Acong Sweet Child & Farouk Hussein sebagai pengacara bagi program ini
Rancangan ini akan dikendalikan oleh 2 orang pengacara tetap dari 4 orang secara bergilir (Acong Sweet Child, Farouk Hussein, Shuib Sepahtu dan Anas Ridzuanbersama seorang selebriti jemputan.

Selain dari itu, TEKA TEKAN juga boleh ditonton di aplikasi Unifi PlayTV (dulu dipanggil HyppTV Everywhere). Memandangkan rancangan ni disiarkan secara LIVE, sape-sape yang ada akaun Unifi TV tu bolehlah mengambil peluang keemasan untuk memenangi hadiah berjumlah RM20,000 setiap hari. *setiap hari korang boleh menang, walaupun anda sudah menang pada hari sebelumnya.

Encik Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media unifi berkata "Pihak kami sangat teruja membawakan permainan interaktif secara LIVE di Malaysia .. eksklusif hanya di unifiTV! 
Dengan penjenamaan semula HyppTV ke unifi TV, kami terus berusaha untuk memberikan innovasi dalam segala aspek yang boleh kami berikan kepada pelanggan kami. Oleh itu, kami mulakan awal tahun ini dengan program permainan berinteraktif TEKA TEKAN ini untuk semua pelanggan kami di seluruh negara"

1.1 CARA MUDAH UNTUK MENANG RM20,000 DI TEKA TEKAN

Setiap hari ada 5 soalan yang akan diberikan untuk dijawab dalam masa hanya 45 saat untuk setiap soalan. Soalan dia pula seakan rancangan popular "Who Wants to Be a Millionaire?" yang sangat popular suatu masa dahulu. Tapi ianya sangat best kerana kalau korang nak join untuk jawab soalan tu tak perlu untuk ke studio rakaman dan hanya perlu ada Unifi TV dan alat kawalan jauh sahaja. 


Korang hanya perlu menjawab dengan menekan butang # dan seterusnya menekan mana-mana butang berwarna berkaitan jawapan samaada merah, hijau, kuning dan biru pada alat kawalan jauh. So, sila pastikan remote korang berfungsi dengan baik dan ada bateri ya. Kalau dah hilang atau butang dah rosak, boleh cepat-cepat pergi ganti. Kalau tak macamana nak main TEKA TEKAN kan. 

Untuk pengetahuan korang, pemenang harian akan membawa pulang RM20,000. Jika sehari ada lebih dari seorang pememang, RM20,000 tersebut akan dibahagi sama rata. Contoh kalau 10 orang pemenang menjawab dengan betul semua soalan, maka seorang pemenang akan dapat RM2,000. Seperti yang saya bagitahu tadi, seorang pemenang layak untuk menang setiap hari.

1.2 CHANNEL HYPPSENSASI HD PERCUMA

Kepada semua pelanggan Unifi TV, sempena tayangan Teka Tekan ni korang boleh akses ke channel HyppSensasi HD (Channel 116) secara PERCUMA je. *kalau sebelum ni sedia maklumlah kita kena langgan kan? Selain dari itu, Unifi TV juga ada menawarkan sebanyak 108 pilihan siaran yang terdiri dari 53 premium channel, 25 free channel, 2 radio channel, 7 video-on-demand (VOD) channel dan 21 interactive channel. Wow terbaiklah, memang banyak betul channel yang diorang tawarkan. Tak mustahil ramai yang melanggan Unifi TV *lebih 1.6 juta orang okay.

Untuk maklumat lanjut tentang TEKA TEKAN sila layari www.unifi.com.my/tv dan lawati juga www.facebook.com/unifiTV (Facebook), www.twitter.com/unifiTV (Twitter), www.instagram.com/unifiTV (Instagram) and www.youtube.com/tmyoutube (Youtube).
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "MENANG RM20,000 SETIAP HARI DENGAN PERADUAN TEKA TEKAN HYPPTV"

Posting Komentar