OLEH HAFIZAN TAIB
PETALING JAYA: Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, dilihat antara calon layak diangkat sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan (PAKATAN) mengambilalih pentadibran negara pada pilihan raya umum ke 14 (PRU14) nanti.
Pandangan itu diutarakan peguam, Harris Idaham dalam Forum Anak Muda: Siapa Perdana Menteri Pilihan Millennial? yang menjelaskan Mohamed Azmin berjaya dengan cemerlang menerajui Kerajaan Selangor.
Katanya, kepimpinannya juga jelas mementingkan dan mengambil kira kebajikan semua golongan rakyat termasuk tidak meminggirkan golongan muda yang memerlukan pembelaan sewajarnya.
“Bagi Mohamed Azmin, saya merasa Selangor adalah pentas ‘rehearsal’ terbaik untuk seorang yang mahu dicalon Perdana Menteri.
“Selangor sebuah negeri besar berbanding negeri lain dan kajian Institut Darul Ehsan (IDE) juga menunjukkan popularitinya melebih 60 peratus,” katanya.
Beliau berkata, Insiatif Peduli Rakyat (IPR) dilaksanakan Kerajaan Selangor turut memberi penekanan kepada golongan muda melalui beberapa skim seperti Peduli Siswa dan Iktisas.
“Ia adalah gambaran terhadap daya kepimpinannya yang memahami keperluan dan membela masa depan golongan muda,” katanya.
Forum Anak Muda: Siapa Perdana Menteri Pilihan Millennial? di MalaysiaKini, di sini, semalam, turut menampilkan panelis, Amir Abd Hadi dari Demi Malaysia, Azira Aziz (aktivis), Adrian Lim (Bebas Anwar) dan Mandeep Karpal (aktivis).
Ia dimoderatorkan Muhammad Kamil Abdul Munim.
Related Posts :
Kumpulan keluar PKR tubuh Parti Harapan Rakyat Sabah?
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN
SHAH ALAM - Pimpinan PKR Sabah yang meninggalkan parti berkenaan bersama 18 ketua cabangnya tel… Read More...
Salahudin bertekad beri tumpuan kepada JohorBORHAN AHMAD
Salahudin Ayub berjanji akan beri tumpuan kepada Johor.Timbalan Presiden Amanah, Salahudin Ayub bertekad akan mem… Read More...
'PAS bukan parti anak tangga' pas hadiawang pakatanharapan Hari ini, 12:04 tengahari Hari ini, 12:08 tengahari Mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengan PAS harus melakukan perubahan untuk menegakkan Islam kerana perjuangan parti itu membawa ke akhirat kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, PAS "bukan parti anak tangga" dan ahli parti terlibat perlu menghormatinya dan melihat sendiri sejauh mana mereka berani menegakkan Islam. Tuntutan berkenaan dibuat presiden PAS itu bagi mengelakkan tiada pihak lain mempergunakan PAS. "Jangan ajak PAS bekerjasama tetapi tidak buat perubahan kepada Islam, ini tidak betul. Selagi kuasa pemerintahan Islam tidak ditegakkan selama itulah orang yang memerintah tidak akan kira dosa pahala, akan rompak harta dan macam-macam. “Cuma Islam mampu perbetulkan orang, PAS hanya boleh bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin tegakkan Islam sahaja. "Dalam hal ini, DAP jelas menentang dasar Islam diperjuangkan. Dan di sana ada juga parti lain yang ikut,” lapor Sinar Harian hari ini. PAS dilihat menjarakkan diri daripada gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) selepas memutuskan hubungan dengan DAP selepas kedua-dua parti itu bekerjasama dalam Pakatan Rakyat. Bukan pak turut Kewujudan Parti Amanah Negara (AMANAH) semakin memburukkan hubungan itu dan PAS sering mengulangi kenyataan bahawa parti itu mengikut telunjuk DAP. Pada masa sama PAS bekerjasama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) dan Parti Barisan Jemaah Islamiah Semalaysia (BERJASA) dengan membawa slogan "politik matang dan sejahtera". Kemunculan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menambahkan lagi jumlah pembangkang dalam negara ketika pilihan raya umum mesti diadakan selewat-lewatnya 2018. BERSATU ketika ini dilihat cuba menjadi penghubung antara PAS dan HARAPAN. Abdul Hadi berkata sikap sesetengah parti yang "senyap" dan seolah-olah "tiada pendirian" adalah petanda untuk menentukan sikap orang Islam di negara ini. “Jadi orang PAS kena tengok molek (baik-baik) parti-parti ini sejauh mana mereka boleh bekerjasama dengan kita dalam tegakkan Islam. Penyokong PAS kena reti (tahu) sampai bila orang hendak guna PAS sebagai anak tangga bukan jadikan PAS tangga untuk perubahan,” beliau dilaporkan sebagai berkata. Jelasnya menjadi tanggungjawab ahli PAS mengajak semua pihak - termasuk pengundi atas pagar - supaya sama-sama boleh membuat perubahan. “Malangnya pihak yang ajak PAS bekerjasama naik atas kepala PAS dan orang PAS kena sedar perkara ini. “Islam perlu menjadi pemimpin dan pemerintah bukan Islam menjadi pak turut, agama dan politik jangan kita letak suku-suku (berasingan),” katanya.MALAYSIAKINI
Mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengan PAS harus melakukan perubahan untuk menegakkan Islam kerana perjuangan … Read More...
WOWW...ADA TUGAS BARU BAKAL MENANTI UNTUK GERAKAN BAJU MERAH!! shahbudindotcom
Barangkali ramai antara kita sudah membaca berita atau menonton video melalui media sosial mengenai pertembungan ant… Read More...
Bersih 5: Tiada pergaduhan besar di Teluk Intan
MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID
Pasukan polis sedang mengawal peserta baju merah yang dikatakan menghalang peserta baju kuning dari m… Read More...
0 Response to "Mohamed Azmin layak dicalon PM PAKATAN, berjaya tadbir Selangor"
Posting Komentar