ANTARAPOS
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya menahan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony selepas disoal siasat kira-kira tiga jam, bersabit kes pembelian tanah ladang kelapa sawit bernilai kira-kira RM155 juta.
Penahanan itu disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, namun seorang lagi individu, Michael Persius Ubu, 61, yang dicari berhubung siasatan kes sama masih belum dapat dikesan.
Azam yang dilaporkan BH Online berkata, pegawai SPRM turut pergi ke rumah Pater dan mengambil beberapa dokumen bagi tujuan membantu siasatan.
Peter terdahulu disoal siasat lebih tiga jam sebelum meninggalkan pejabat SPRM pada jam 12.30 tengahari, dalam keadaan kedua-dua tangan bergari.
Peter, 47, adalah antara dua individu dicari SPRM berhubung siasatan kes pembelian tanah di daerah Tongod.
Terdahulu pada pagi tadi, Peter tiba di pejabat SPRM Sabah pada jam 10.25 pagi dengan diiringi peguamnya, Martin Tommy serta Setiausaha Agung WARISAN, Loretto Padua Jr.
Kelmarin, SPRM memberi tempoh 48 jam kepada Peter dan seorang lagi individu, Michael Persius Ubu, 61, dari Taman Rainfield, di sini untuk menyerah diri di pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan berkaitan kes urusan pembelian tanah berkenaan.
Sebelum ini, Peter adalah antara 13 individu yang disiasat SPRM berhubung kes penyelewengan dana awam bernilai RM1.5 bilion yang disalurkan untuk pembangunan luar bandar di Sabah antara 2009 hingga 2015
Related Posts :
Misteri Jeritan Meminta Tolong Baltimore Station!Angin bertiup kencang. Jim Matheson sedang memandu di sebatang jalan di Baltimore Station, Australia, apabila keretanya tiba-tiba terperangk… Read More...
Smartphone Google Pixel 3 Tawar Kamera Berkualiti!Selepas hampir beberapa bulan peminat Android dan Google berteka-teki dengan pelbagai ura-ura yang dikeluarkan, akhirnya Google telah mengum… Read More...
[Video Amanah tidak perlu SELEBRITI VIP & USTAZ SAMPUL untuk jadi kukuh] REAKSI DATUK SERI YANG LANGSUNG TIADA SERI & YB Rina Harun (Menteri) "Agaknya kalau yang komen itu ditawarkan pingat, mereka akan terima atau tolak?" Hammm pehh, beginikah jawapan seorang menteri di era Malaysia Baru?Rabu, 17 Oktober 2017
REAKSI DATUK SERI YANG LANGSUNG TIADA SERI
Daripada lima menteri yang menerima pingat membawa gelaran Datuk Seri se… Read More...
[Video Jual parti sama dengan JUAL GULA?] Tahukah kamu, kami ahli bawahan yg pacak bendera juga miliki ijazah, master malah PhD! Siapa nak tungkus lumus utk PRU15 nanti? Makan di Restoran Berputar boleh, baik2lah jangan kena PUTAR sudahlah!Rabu, 17 Oktober 2018
Makan di Restoran Berputar boleh, baik2lah jangan kena PUTAR sudahlah!
… Read More...
[Video Pasir Salak lupa makan ubat ke?] #Kerajaansepenggal & #Nyamuk Menggigit...Nak marah ke! Tak nak terima ke! Realitinya, hari-hari ADA BOLA TANGGUNG yang boleh dilibas oleh pembangkang..Kalau gitu rupanye eloklah TUN lantik aje POK YEH TOK NYADAT YANG TENTU KENA DIAJAR!Rabu, 17 Oktober 2018
Nak pilih warna stokin pun...susah sangat ke?
Uruskan
Otai BERSIH
Nak marah ke...
Tak nak terima ke...
Realitinya..h… Read More...
0 Response to "Naib Presiden WARISAN ditahan SPRM"
Posting Komentar