Loading...

Nik Amar Mengakui HARAPAN Cabaran Kepada PAS

Loading...
Nik Amar Mengakui HARAPAN Cabaran Kepada PAS. PAS Kelantan diingatkan supaya berwaspada dengan gerak kerja dilakukan musuh politik mereka dan tidak memandang mudah cabaran berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 nanti.

Perkara itu ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga timbalan menteri besar Kelantan.

Nik Amar Mengakui HARAPAN Cabaran Kepada PAS.  Menurut beliau, walaupun menyedari parti lawan khususnya Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang berada dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak kuat, namun PAS tidak boleh berasa selesa.

"Walaupun kita tahu pengaruh parti AMANAH dan BERSATU ini tidak kuat, tetapi dalam kaedah kita berlawan kita tidak boleh pandang mudah dengan musuh.

"Kita kena sentiasa berasa bimbang dan bersiap-sedia menghadapi musuh walaupun musuh itu kecil," katanya ketika berucap di majlis Perasmian Bilik Operasi PAS Cawangan Panchor, di Kota Bharu, malam tadi.

Iktibar kisah arnab dan kura-kura

Mohd Amar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor berkata, musuh PAS itu pada zahirnya lemah, tetapi jika mereka kerana ralit mungkin akan melakukan perhitungan yang silap berisiko untuk tewas.

Nik Amar Mengakui HARAPAN Cabaran Kepada PAS


Jelas beliau, pengajaran dalam cerita warisan dalam kisah perlumbaan arnab dan kura-kura perlu dijadikan iktibar.

"Arnab berlumba dengan kura-kura, dari segi hukum akal kura-kura takkan menang. Sebab dia berjalan lambat, tetapi dalam cerita itu kura-kura boleh menang, menang bukan kerana laju tetapi kerana dia berjalan tak berhenti.

"Arnab pula kalah bukan sebab ia perlahan tapi dia tak fikir kura-kura boleh pintas. Maka dia sambil lewa, makan roti canai dulu, hisap rokok dan akhirnya tertidur.

"Cerita ini tak tahu betul atau tidak, tapi ada pengajaran besar supaya kita tak memandang rendah pada lawan," ujarnya.

Mohd Amar pada PRU lepas berjaya mempertahankan kerusi DUN Panchor dengan majoriti 5,036 undi menewaskan calon BN Che Rosli Hassan.

Mohd Amar yang dijangka berdepan Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan, selain calon BN pada PRU ke-14 turut mengakui Hazmi seorang yang kuat bekerja.

"Kita tak boleh rasa sedap sebab lawan kita buat kerja sokmo (selalu). Dia cari dan usaha tempat di mana dia boleh turun.


Nik Amar Mengakui HARAPAN Cabaran Kepada PAS


"Di Panchor, ketika kita rasa selesa mereka dapat buat ceramah di situ ceramah di sini, jumpa dia cari lubang. Cari tapak untuk dia singgah dan turun.

"Maknanya lawan politik kita buat kerja, tak duduk diam, maknanya kita pun kena kerja kuat juga dengan cara kita, perancangan dan strategi yang disusun oleh parti," katanya sambil menegaskan PAS perlu mempertahankan DUN Panchor dan Kelantan. -malaysiakini





Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Nik Amar Mengakui HARAPAN Cabaran Kepada PAS"

Posting Komentar