Loading...
PAS Makin Lemah.. Ini Buktinya. Pas berada dalam keadaan lemah dan ini mungkin menyebabkan berlaku perjanjian di antara Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti didakwa oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk A Kadir Jasin.
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, parti itu kelihatan lemah disebabkan beberapa faktor, sekali gus menyukarkan mereka untuk mempertahankan Kelantan.
PAS Makin Lemah.. Ini Buktinya. “Sebelum ini, kemenangan yang dimiliki mereka, antara salah satu faktor adalah Pakatan Rakyat. Banyak kerusi yang dimenangi oleh mereka adalah dibantu dengan undian daripada pengundi bukan Islam yang menyokong pembangkang.
“Tetapi, apabila Pas keluar daripada pakatan itu, Pas tidak boleh mengharapkan sokongan daripada kumpulan ini. Mereka perlu berdiri sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.
PAS Makin Lemah.. Ini Buktinya
Menurutnya, selepas pemergian bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kira-kira tiga tahun laluantara faktor hilangnya pengaruh Pas di Kelantan.
Oleh itu, perjanjian sulit mungkin dibuat oleh kedua-dua parti supaya Pas sekurang-kurangnya dapat mempertahankan negeri Cik Siti Wan Kembang itu daripada dirampas mana-mana parti.
PAS Makin Lemah.. Ini Buktinya. “Jika ada pihak yang menyatakan ada satu perjumpaan yang berlaku, saya rasa ia bukan satu perkara luarbiasa.” ujarnya. - sinar
Iklan
Loading...
0 Response to "PAS Makin Lemah.. Ini Buktinya"
Posting Komentar