Loading...

PAS parti Mat Jenin mahu kekalkan Najib

Loading...

  Pas dibawah pengaruh Hj Hadi penuh dengan angan-angan Mat Jenin. Pendirian Pas tidak ada hala tuju dalam politik melainkan untuk jadi 'Barua Umno BN'

Pas yang mengaku partinya kuat, tapi berangan-angan untuk memenangi hanya 40 kerusi parlimen. 

Dengan 40 kerusi tersebut, Hj Hadi mengakui Pas tidak mampu untuk menubuhkan kerajaan sendiri melainkan menjadi 'Barua' kepada mana-mana parti untuk tubuhkan kerajaan.

Ini dapat kita lihat dengan jelas dari kenyataan-kenyataan Hj Hadi yang sangat mesra dengan Najib dan Umno.

Nak tergelak bila Hj Hadi menjelaskan, walaupun dengan jumlah 40 kerusi parlimen, Pas akan dapat menentukan kerajaan yang memerintah selepas pilihanraya ini. 

Macam mana tak nak gelak... Hj Hadi nak letak 130 calon, tapi mensasarkan 40 sahaja untuk menang. Ini kerja gila namanya.

Kalau Hj Hadi orang yang pintar, tentulah dia akan menumpukan kepada 40 kerusi itu sahaja untuk menjamin kemenangan yang optimum. Ada akaikah Hj Hadi ni?

 Pas memang suka jadi 'Barua Umno' dan tidak mungkin Pas mahu bersama Pakatan Harapan kerana :

1) PAS yang menyebabkan Pakatan Rakyat berkubur kerana termakan umpan Umno BN yang menjanjikan laluan mudah untuk Pas bawa Hudud ke parlimen.

2) Pakatan Harapan akan lantik Tun Mahathir PM. Hj Hadi dan PAS sangat memusuhi Tun Mahathir.

3) DS Anwar akan menggantikan Tun Mahathir. Hj Hadi dan PAS sangat memusuhi DS Anwar.

4) Pakatan Harapan ada AMANAH. Hj Hadi dan PAS sangat memusuhi AMANAH.

5) Pakatan Harapan ada DAP. Hj Hadi dan PAS sangat memusuhi DAP.

Maka dengan menjadi 'Barua Umno BN', Hj Hadi akan mengekalkan regim Kleptokrasi Najib yang ada ini. 

Ini bermakna, undi Pas adalah untuk mengekalkan Najib!
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata, parti itu mensasarkan Terengganu, Kelantan dan Kedah sebagai asas kepada sasaran bagi memperoleh 40 kerusi berkenaan.

"Walaupun orang lain ada 100 kerusi, kerana nak tubuh kerajaan mesti ada 112 kerusi. Parti-parti tak mampu nak dapat 112 kerusi. 100 kerusi (mungkin) boleh, 80 boleh, 88 boleh, sekadar itu sahaja.

"Kalau kita ada 40 kerusi bermakna kita akan menjadi tempat kebergantungan siapa hendak tubuh kerajaan. Dengan 40 kerusi ini kita ada pengaruh, boleh minta macam-macam.

"Dengan 40 kerusi ini (juga) kita boleh tarik sokongan... jatuh siapa dia, naik siapa dia. Ini dari segi politik (yang kita) kena faham," katanya.

Beliau berkata, walaupun jumlah 40 kerusi parlimen bukanlah jumlah majoriti tetapi parti itu akan dapat menentukan kerajaan yang memerintah selepas pilihanraya ini.

"Walaupun dengan 40 kerusi kita tidak majoriti tetapi dengan 40 kerusi ini kita boleh menentukan kerajaan.  Baca lagi
 di sini
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PAS parti Mat Jenin mahu kekalkan Najib"

Posting Komentar