Pengerusi PH Sabah, Christina Liew berkata, pembahagian kerusi PH tidak mudah kerana ada parti mahu bertanding jumlah kerusi tertentu dan ada pula hendak meletakkan calon di semua kawasan.
KOTA KINABALU: Pakatan Harapan (PH) Sabah perlu memuktamadkan pembahagian kerusi di kalangan gabungan pembangkang itu sebelum memulakan rundingan dengan Parti Warisan Sabah berhubung kemungkinan formula perkongsian kerusi untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
PKR, DAP dan Amanah cuba mencapai kata sepakat antara mereka menjelang lawatan Timbalan Presiden PH, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Sabah pada 23 Januari ini.
Pengerusi PH Sabah, Christina Liew berkata, lawatan Muhyiddin itu bertujuan meninjau persiapan pakatan pembangkang itu untuk PRU14.
“Pembahagian kerusi di kalangan kami sendiri belum dimuktamadkan,” kata pengerusi PKR Sabah dan adun Api-api itu.
“Kami perlu mencapai kata sepakat sesama sendiri sebelum boleh berunding dengan orang lain.
“Tidak mudah apabila sesetengah parti bertegas mahu bertanding jumlah kerusi tertentu, manakala parti lain mahu meletakkan calon di semua kawasan.”
Liew berkata, perkara terbaik mereka boleh harapkan ialah mengurangkan jumlah pertandingan pelbagai penjuru di 25 kerusi Parlimen dan 60 kerusi DUN di negeri itu.
“Kita tidak tahu apa yang akan berlaku antara sekarang dan menjelang hari pencalonan,” katanya pada sidang media hari ini.
DAP berhasrat bertanding di 5 kerusi Parlimen dan 12 kerusi DUN, manakala PKR serta Amanah pula tidak menyuarakan kerusi mana yang hendak ditandingi mereka.
Pemimpin PKR Sabah sebelum ini berkata, permulaan rundingan mereka ialah bertanding di semua kerusi yang dimenangi parti itu pada PRU 2013 yang terdiri daripada kerusi Parlimen Penampang dan 7 kerusi DUN.
Liew enggan mengulas lanjut mengenai rundingan itu, difahamkan ia turut memfokuskan Warisan.
Katanya, memuktamadkan perjanjian perkongsian kerusi penting untuk pembangkang bagi mencapai kemajuan di negeri itu.
“Rakyat Sabah mahukan perubahan dan mereka akan mengundi parti yang boleh mempengaruhi perubahan itu, iaitu Pakatan.”
Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, beliau sedia bekerjasama dengan PH, tetapi bukan Gabungan Sabah merangkumi Parti Harapan Rakyat Sabah, Parti Maju Sabah, Parti Solidariti Tanah Air (Star) dan Parti Perpaduan Rakyat Sabah.
Related Posts :
Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS
Alyaa Azhar
Seorang wakil dari sayap penyokong parti PAS percaya bahawa orang bukan Islam yang menentang rang undang-undan… Read More...
RUU Hadi: Soalan Tuan Ibrahim pada MCA, DAPAlyaa Azhar
Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man mahu tahu sama ada MCA dan DAP benar-benar menyokong titah bekas Y… Read More...
Korea Utara dakwa M'sia sekongkol dengan 'kuasa seteru', tolak bedah siasatMALAYSIAKINI
Korea Utara mendakwa Malaysia bersekongkol dengan "kuasa-kuasa seteru" selepas dilihat kecewa bahawa pihak be… Read More...
JAWI pertahan diri, dakwa ikut SOP jawi 17 Feb 2017, 8:38 malam 17 Feb 2017, 9:47 malam Berita Terkini RUU Hadi: Soalan Tuan Ibrahim pada MCA, DAP IGP tepis dakwaan lambat proses serahan mayat Jong-nam Bukan Islam bantah RUU Hadi adalah jahil, kata sayap penyokong PAS Ibu MB Selangor meninggal dunia 16 pusat mengundi PRK Tanjoing Datu dibuka jam 8 pagi Korea Utara dakwa M'sia sekongkol dengan 'kuasa seteru', tolak bedah siasat Saingan 3 penjuru dalam PRU14 hampir pasti - Nik Abduh Johari: Kenyataan fakta saya dimanipulasi pembangkang K'jaan Selangor beri kerjasama penuh pada SPRM - Azmin Polis: Keluarga 'Kim' diutamakan tuntut mayat Jong-nam Pembunuhan Jong-nam hanya beri sedikit kesan Dividen realistik KWSP seiring keadaan ekonomi JAWI pertahan diri, dakwa ikut SOP Tuntut royalti minyak, dapat beg cenderamata Petronas Mesyuarat putuskan PAS terus runding dengan BERSATU MCA: Kabinet, BN tak minta Jamil hadiri himpunan Akta 355 Kit Siang tawar diri sertai siasatan skandal forex BERSIH mahu UMS gugur tindakan disiplin terhadap siswa Kanak-kanak lelaki terperangkap dalam kereta bapanya PM: Peruntukan hampir RM10 bilion subsidi, insentif tahun ini Lagi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mempertahankan diri berhubung dakwaan salah tangkap, kasar dan tidak beretika susulan saman terhadapnya hari ini. "Sukacita dimaklumkan JAWI telah bertindak berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai ramai dan melaksanakan pemeriksaan berdasarkan kuasa yang diperuntukkan bawah undang-undang berkuat kuasa dan prosedur operasi standard yang ditetapkan," kata ketua pegawai penguat kuasa agamanya Wan Jaapar Wan Ahmad. Menurutnya, pihak berkuasa agama itu juga sedia memberi kerjasama kepada mana-mana pihak berkenaan. "Sehingga kini JAWI masih belum menerima sebarang saman seperti yang didakwa dalam berita tersebut," jelasnya. Terdahulu, sepasang suami isteri hari ini dilapor memfailkan saman terhadap JAWI dan kerajaan Malaysia susulan penahanan mereka dalam satu operasi khalwat bulan lepas, walaupun telah berkahwin secara sah hampir tiga tahun lalu. Mohd Ridhuan Giman, 34, dan isterinya Siti Sarah Maulad Abdullah, 26, serta ibu Ridhuan menamakan pegawai penguat kuasa Mohd Shiham Ramli, Mohamad Izehar Md Amin, ketua pegawai penguat kuasa agama JAWI, ketua pengarah JAWI, JAWI, Jabatan Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Mereka mendakwa tujuh pegawai penguat kuasa lelaki dan seorang penguat kuasa wanita menyerbu hotel tersebut pada jam 1:30 pagi pada 8 Januari lepas. Dalam permohonan saman mereka, Ridhuan mendakwa pegawai JAWI berkenaan didakwa menyerbu masuk ke bilik hotel walaupun isterinya, Siti Sarah meminta diberi peluang untuk memakai pakaian lengkap. Lanjutan itu, berlaku pergelutan antara Ridhuan dan Shiham. Shiham didakwa mencekik Ridhuan sehingga menyebabkan kecederaan di leher. Mereka mendakwa penahanan mereka tidak sah dan berlaku pelanggaran hak asasi. Pasangan itu turut menuntut ganti rugi am dan teladan serta kos bagi tindakan ini.MALAYSIAKINI
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mempertahankan diri berhubung dakwaan salah tangkap, kasar d… Read More...
Seorang lagi suspek bunuh Jong Nam ditangkap
FMT Reporters
Polis menahan seorang lelaki, yang memiliki pasport Korea Utara, dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Kuala Lum… Read More...
0 Response to "PH Sabah bergelut agih kerusi sebelum lawatan Muhyiddin"
Posting Komentar