Loading...
WALAUPUN ADA PANDANGAN MENGATAKAN BAHAWA KETIDAK SETUJUAN PKR DAN PAN SERTA PEMUDA DAP SEBUT TAK SETUJU PADA MAHADHIR JADI PIEM NAMUN KONVENSYEN TETAP DENGAN KEPUTUSANNYA.
MEMANG RAMAI YANG TIDAK SUKA DENGAN MAHADHIR TAPI APA NAK BUAT SEBAB PAKATAN HARAPAN TAK ADA ORANG YANG BERKEBOLEHAN.
TERLANTIKNYA MAHADHIR SEBAGAI PIEM MENYEBABKAN SUDAH LAHIR SUARA YANG MENGATAKAN PAKATAN HARAPAN TIADA PIMPINAN YANG LAYAK UNTUK MEMIMPIN NEGARA.
MUNGKIN RAMAI YANG TAHU, TERLANTIKNYA MAHADHIR SEBAGAI CALON PIEM ADALAH KERANA AGEN BERSATU MEMBUAT MUSLIHAT SUPAYA CALONKAN MAHADHIR, PADA HAL MUSLIHAT ITU UNTUK MENAIKKAN MUKHRIS JADI PIEM ?
MEMANG RAMAI YANG TERKEJUT PERLANTIKAN TERSEBUT, TAMBAHAN PULA MAHADHIR TELAH MENJANGKAU USIA SANGAT SUBUH DAN PERLANTIKAN ITU SANGAT MEMALUKAN PAKATAN HARAPAN.
JIKA ALASAN YANG DIBERIKAN HANYA UNTUK MENGABUI MATA RAKYAT KONON UNTUK MENARIK PERHATIAN SUPAYA RAKYAT JANGAN MENGATAKAN DAP MENGEPALAI PAKATAN HARAPAN MAKA ALASAN ITU ADALAH TERSANGAT BODOH SEBAB PAKATAN HARAPAN MEMANG RAMAI CALONNYA YANG KALAH PADA PRU 14 NANTI KECUALI DAP .
AKHIRNYA RAMAI YANG MENGATAKAN MELUAT DAN MENGECEWAKAN KERANA MAHADHIR DIPILIH SEBAGAI PIEM KERANA KHIDMAT BELIAU YANG HITAM BUAT NEGARA MASIH LAGI BELUM TERUBAT.
-Pak Karamu-
Salam takziah buat Pakatan Harapan: Ainina
Anina Saadudin
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Tindakan Pakatan Harapan (Harapan) yang meletakkan Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ketujuh jika menang PRU14 disifatkan menambah kecelaruan terhadap parti gabungan itu.
Presiden Empirical Malaysia, Anina Saadudin berkata, keputusan itu bukanlah keputusan sebulat suara memandangkan, tidak sampai beberapa jam pengumuman itu, bait-bait perpecahan dalaman sudah timbul.
“Sebelum berlangsung konvensyen, Amanah Johor memboikot Konvensyen Harapan, difahamkan Amanah Perak juga memboikot konvensyen tersebut.
“Terdapat sumber dalaman memberitahu sudah mula suara tidak berpuas hati dalam kalangan pemimpin serta ahli Amanah yang rasa tertipu sebaik pengumuman Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataannya hari ini.
Katanya, terbaharu, PKR Selangor juga mengeluarkan kenyataan mengkritik serta kecewa dengan keputusan yang dibuat.
"Takziah kepada pembangkang, nampaknya keputusan yang diharapkan dapat memberikan impak positif kepada pembangkang untuk menarik sokongan rakyat ditolak mentah-mentah oleh akar umbi sendiri.
“Pengumuman tersebut sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan tetapi sebaliknya memberikan implikasi buruk kepada mereka sehingga menambah kecelaruan dan tidak mustahil bakal mengundang perpecahan dalaman dikalangan rakan parti dalam gabungan itu,” katanya.
Dalam pada itu, Ainina berkata, meletakkan Tun Mahathir membuktikan Harapan ketandusan ‘winnable candidates’ boleh menang yang diharap mampu menjadi ‘winnable government’ apabila masa PRU14 nanti.
“Sekarang Bersatu boleh tersenyum dengan kerusi Parlimen di Semenanjung paling banyak mereka peroleh, namun perlu diingat tanpa kerjasama dan persefahaman dengan rakan parti lain mustahil mereka mampu bergerak bersendirian untuk berdepan pilihan raya kerana jentera yang dimiliki tidak sekuat rakan parti seperti Amanah dan PKR.
“Jika Amanah Johor dan Perak serta PKR kecewa dengan keputusan pencalonan semasa konvensyen itu, rakyat di bawah ini pastinya lebih kecewa apabila mereka meletak calon yang sudah banyak kali melakukan onar kepada negara,” ujarnya.
Pada masa sama, Ainina berkata, pemilihan Mahathir juga memberikan petunjuk, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir hanya mampu berdiri di belakang ayahnya.
“Ternyata Tun Mahathir merupakan satu-satunya pemimpin hebat dalam Harapan, bukan mana-mana pemimpin lain termasuk Tan Sri Muhyiddin Yasin.
“Bukan juga Mukhiz yang jauh ketinggalan dari bapanya. Pada usia Tun Mahathir 93 tahun juga Mukhriz gagal mengatasi bapanya,” katanya.
Ainina turut menyifatkan Mukhriz sebagai pemimpin muda paling gagal dan tidak layak mendepani masa depan generasi millennial Malaysia.
“Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Menteri Besar namun terpaksa berpaut di belakang bapanya apabila lemas dalam survival politiknya sendiri.
“Syabas sekali lagi untuk Tun Dr Mahathir. Tahniah juga kerana berjaya mempergunakan pembangkang untuk meletak anaknya, Mukhriz sebagai perdana menteri baharu nanti dan takziah kepada pembangkang kerana dipergunakan.
“Kepada seluruh pengundi Malaysia, tepuk dada tanyalah selera marhaen. Jangan terpedaya selera ahli politik di depan mata.
Semalam, menerusi Konvesnyen Pakatan Harapan 2018, Tun Mahathir diumum sebagai perdana menteri jika Harapan menang pada PRU14 ini.
Jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan disandang, Presiden Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Loading...
0 Response to "PKR DAN PAN SUDAH TUNJUK TANDA P.H PECAH"
Posting Komentar