Loading...

Salahuddin janji tuntut lebih banyak kerusi DUN di Johor untuk Amanah

Loading...
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M Azhar & Shuhaniza Said
Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berjanji akan mendapatkan lebih banyak kerusi DUN di Johor selepas partinya hanya diberi kepercayaan untuk hanya mewakili dua kerusi Parlimen iaitu di Parit Sulong dan Pulai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), akan datang.
 
Salahuddin berkata demikian sejurus Amanah Johor memboikot Konvensyen Pakatan Harapan (PH) yang berlangsung hari ini.
 
"Sebagai pemimpin peringkat kebangsaan, kita melihat dalam konteks yang besar demi PH. Saya sendiri, malah pemimpin-pemimpin tertinggi Amanah dan PH terpaksa berdepan dengan risiko selepas kita bermesyuarat. 
 
"Di Johor, jumlahnya (kerusi parlimen) kecil dan kita bersedia untuk bekerja untuk kerusi-kerusi DUN. Ada harapan untuk keadaan ini. (Saya) akan cuba mendapatkan kerusi yang banyak untuk kerusi DUN. 
 
"Saya hormati dengan apa yang jadi terjadi di Johor kerana mereka meluahkan ketidakpuasan hati mereka. (Tetapi) Kita kena bergerak ke depan," katanya kepada pemberita selepas ditemui di Konvensyen PH yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), Shah Alam, tengah hari tadi.
 
Awal hari ini, Amanah Johor dilaporkan memboikot konvensyen kedua gagasan pembangkang itu sebagai tanda tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi Parlimen Johor sesama parti-parti pembangkang.
 
Keputusan mengenai agihan kerusi di Semenanjung itu dikatakan dicapai dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PH malam tadi. 
 
Pengerusi Amanah Johor, Amiroulhuda Hassan berkata tindakan memboikot terpaksa dibuat selepas partinya hanya mendapat dua kerusi Parlimen sedangkan PPBM diberi peruntukan 10 kerusi manakala PKR dan DAP masing-masing sebanyak 8 dan 6 kerusi.
 
Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir ketika ditemui pemberita bagaimanpun menafikan Amanah Johor memboikot konvensyen berkenaan.
 
"Bukan boikot, mereka cuma tak datang hari ini. Khabar angin mengatakan mereka tidak gembira. Namun kadang kala (dalam) rundingan soal kerusi ini, kita tak boleh dapat apa yang kita minta.
 
"Saya tahu mereka telah bekerja keras, Jawatankuasa Pusat akan berjumpa mereka untuk berbincang. Esok kita akan mulakan bermesyuarat di peringkat (Amanah) Wilayah Persekutuan. 
 
"Saya akan bercakap dengan Presiden, Mohamd Sabu untuk (mesyuarat) dengan negeri-negeri lain termasuk Johor untuk tetapkan tarikh. Ia bukan masalah yang besar, ia boleh diselesaian," katanya.
 
Konvensyen PH yang berlangsung hari ini juga dikhabarkan bakal menamatkan teka-teki calon perdana menteri dan timbalannya setelah ia disepakati menerusi mesyuarat yang berakhir pada jam 8.30 malam tadi.
 
 
Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Salahuddin janji tuntut lebih banyak kerusi DUN di Johor untuk Amanah"

Posting Komentar