Loading...
ALOR GAJAH - Murid-murid di sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di daerah ini, tidak dapat memulakan sesi penganjaran dan pembelajaran seperti biasa apabila terpaksa duduk di luar pintu sekolah sejak awal pagi tadi.
Tindakan itu berikutan kebimbangan ibu bapa mengenai seorang guru lelaki sekolah itu yang bermasalah dan belum dipindahkan sejak lebih dua tahun lalu.
Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu, Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, P Ramesh berkata, pihaknya telah lama bersabar dengan aduan kepada guru besar termasuk Jabatan Pendidikan Negeri mengenai masalah seorang guru lelaki sekolah itu yang sering memukul murid.
Menurutnya, pada Jumaat lalu guru lelaki yang mengajar Bahasa Inggeris dan didakwa mengalami sakit mental dan menagih dadah telah mencederakan kepala seorang murid darjah enam menggunakan kerusi plastik.
Beliau turut menyatakan, guru besar sekolah itu pernah memaklumkan guru lelaki berusia 35 tahun itu sakit selain terdapat rekod mengesahkan guru terbabit penagih dadah.
"Kami hairan bagaimana guru yang sakit mental dan penagih dadah masih boleh dibenarkan mengajar, dan ini bukan perkara baru malah telah lebih dua tahun kami bersabar termasuk membuat aduan namun tiada tindakan.
"Bila kami buat piket baru wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) turun dan memberi jaminan akan menghantar guru lain ke sekolah ini.
"Ini soal keselamatan anak-anak kami dan saya harap pihak berkenaan menunaikan janji mereka bukan seperti sebelum ini," katanya.
Tinjauan Sinar Harian mendapati lebih kurang jam 10 pagi murid-murid berusia 6 hingga 12 tahun termasuk murid pra sekolah diarahkan masuk ke bilik darjah masing-masing oleh wakil PPD selepas pihak tersebut membuat perbincangan, dengan pihak PIBG.
Sumber: Sinar Harian

loading...
Loading...
0 Response to "Sanggup tak masuk kelas kerana guru 'bermasalah'"
Posting Komentar