Loading...

Siapa Sebenarnya Yang Bayar Kepada IPIC?

Loading...
Siapa Sebenarnya Yang Bayar Kepada IPIC? Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diminta menjelaskan kepada rakyat berhubung bayaran penyelesaiannya sebanyak RM2.4 bilion kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua berkata, perkara itu perlu dibuat oleh syarikat itu kerana terdapat keraguan maklumat yang berlaku berhubung perkara tersebut.

Siapa Sebenarnya Yang Bayar Kepada IPIC?  “Menurut laporan akhbar Singapura, The Straits Times, wang yang diperoleh untuk membayar wang penyelesaian kepada IPIC adalah hasil daripada penjualan pelaburan dalam instrumen kewangan dan kepentingan yang dipegang dalam dua entiti berkaitan 1MDB yang memiliki tanah di Pulau Pinang dan Pulau Indah, Selangor.

“Laporan itu menyatakan bahawa, pembeli tanpa nama daripada syarikat enterprise daripada China yang membeli tanah itu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sekiranya 1MDB telah berbuat demikian, beliau mempersoalkan tindakan syarikat itu yang tidak membuat pengumuman berkaitan hal berkenaan dan hanya mendiamkan diri.

Siapa Sebenarnya Yang Bayar Kepada IPIC? 


Katanya, mengapa 1MDB sendiri tidak mahu mendedahkan syarikat enterprise China yang membeli tanah tersebut.

“Sekiranya jualan itu telah dibuat, maklumat ini harus diumumkan kepada rakyat kerana tanah itu dijual dengan nilai berbilion ringgit oleh sebuah syarikat asing.

Siapa Sebenarnya Yang Bayar Kepada IPIC?  “Atau, berita mengenai jualan ini adalah berita palsu yang dilaporkan, bagi menutup fakta bahawa Kementerian Kewangan yang sebenarnya telah membayar pembayaran penyelesaian itu kepada IPIC,” dakwanya. -sinar




Iklan
Image
ImageImage
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image







Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Siapa Sebenarnya Yang Bayar Kepada IPIC?"

Posting Komentar