Loading...

Umno Johor Wajib Cemas Dengan Pengumuman Ini

Loading...
Umno Johor Wajib Cemas Dengan Pengumuman Ini. PPBM hari ini mengesahkan parti itu mendapat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) paling banyak di Johor dalam kalangan 4 parti Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha PPBM Johor, Datuk Osman Sapian berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan pengerusi 4 parti dalam gabungan pembangkang itu.

Umno Johor Wajib Cemas Dengan Pengumuman Ini.  “PPBM akan terajui dan ini keputusan yang telah dibuat semua pengerusi PH, termasuk saya, setiausaha PPBM Johor,” katanya kepada FMT hari ini.

Beliau mengulas laporan Malaysiakini yang PPBM akan bertanding 18 kerusi DUN daripada 56 kerusi di Johor.

Sumber dipetik portal berita itu mengesahkan pengagihan kerusi itu selesai 18 Januari lalu dan DAP diperuntukkan 14 kerusi DUN, manakala PKR dan Amanah masing-masing mendapat 12 kerusi.

Osman yang tidak mengesah atau menolak laporan itu berkata, jumlah kerusi DUN Johor yang diperuntukkan kepada setiap parti komponen PH akan diumumkan pada Konvensyen PH Johor dijadualkan berlangsung bulan depan.

Umno Johor Wajib Cemas Dengan Pengumuman Ini


“Bilangan kerusi DUN oleh PH di Johor belum rasmi…tetapi agihan itu telah selesai. Nanti kita akan umum. Mungkin ada pertukaran kita tidak tahu,” katanya sambil menambah sebarang perbincangan pembahagian kerusi masih boleh berlaku.

Pengarah Pilihan Raya PH Johor, Salahuddin Ayub turut mengesahkan pembahagian kerusi DUN di Johor sudah selesai dan Amanah berpuas hati dengan jumlah kerusi yang diperuntukkan kepada mereka.

Bagaimanapun, timbalan presiden Amanah itu enggan mendedahkan jumlah kerusi yang diperolehi partinya.

“Saya rasa kerusi DUN yang telah diputuskan oleh PH amat memuaskan untuk Amanah.

“Kita akan umumkan dalam masa terdekat iaitu di Konvensyen PH Johor. Kita akan umum jumlah kerusi DUN yang diterima parti-parti dalam PH dan calon-calon bertanding sekali.”

Umno Johor Wajib Cemas Dengan Pengumuman Ini


Pada 7 Januari lalu, Amanah Johor memboikot Konvensyen PH kerana kecewa dengan tindakan gabungan itu menolak permintaan mereka bertanding 5 kerusi Parlimen di negeri itu.

Amanah Johor yang kecewa dengan peruntukan 2 kerusi Parlimen, iaitu Parit Sulong dan Pulai, berharap PH akan memberi lebih banyak kerusi DUN kepada mereka bagi menebus kekecewaan itu.

Pada 9 Januari lalu, Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan dilaporkan berkata, parti itu berhasrat bertanding di sekurang-kurangnya 14 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu untuk dilihat setaraf dengan parti lain dalam PH.

Umno Johor Wajib Cemas Dengan Pengumuman Ini. PH memutuskan PPBM akan bertanding di 52 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia, PKR (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi). - free malaysia today



Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Umno Johor Wajib Cemas Dengan Pengumuman Ini"

Posting Komentar