Loading...
Ok...bila nak bubar tu...?
Sidang Parlimen bulan Mac nanti.. Adakah umpan sebelom pilihanraya?
BETUL KE UMPAN?
Notis panggilan Mesyuarat Pertama, Penggal Keenam, Parlimen Ketiga Belas tahun 2018 nampaknya telah dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat kepada semua Ahli Dewan Rakyat.
Mengikut notis tersebut, Dewan Rakyat dijadualkan bersidang bermula Isnin, 5 Mac 2018 sehingga Khamis, 5 April 2018 yang memakan masa 20 hari.
Dewan akan dirasmikan pembukaannya oleh Seri Paduka Yang DiPertuan Agong pada 5 Mac 2018.
Semua Ahli Dewan Rakyat diminta mengemukakan semua soalan Pertanyaan Lisan, Pertanyaan Bertulis dan usul kepada Pejabat Setiausaha Dewan pada atau sebelum 15 Februari 2018, jam 5:00 petang.
Jika notis ini benar, maka Pilihanraya umum ke-14 tidak akan berlangsung pada Mac 2018 sebaliknya Parlimen hanya akan dibubarkan selepas Dewan Rakyat selesai bersidang pada April 2018.
Walau bagaimana pun notis ini boleh juga dianggap sebagai umpan untuk melekakan parti-parti yang bertanding termasuk Pakatan Harapan.
Mungkin PH beranggapan Dewan tidak dibubarkan sehingga April 2018 dan kemudian leka bergerak dengan tiba-tiba PM bubarkan. Baru kelam kabut.
Makanya Notis Panggilan Mesyuarat ini perlu diambil perhatian dengan teliti,
Umno dan Najib ni bukan boleh percaya. Sanggup buat apa saja demi mempertahankan kuasa.
Zulhazmi Shariff
12/01/2018
Batu Caves
Loading...
0 Response to "[Video Punca Akar Umbi Umno (Felda Jelai) Tampin KELUAR Parti] Sidang Parlimen bulan Mac nanti...Adakah umpan sebelom pilihanraya?"
Posting Komentar