Loading...

Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas

Loading...
 
Timbalan perdana menteri berkata, Malaysia akan bekerjasama dengan Liga Muslim Dunia untuk berkongsi kejayaan 97.5% melaksanakan program deradikalisasi.


ahmad-zahid-hamidi-persidangan-1

PUTRAJAYA: Malaysia sedia berkongsi kejayaan program deradikalisasi untuk memulihkan pengganas dengan negara lain bagi memperluaskan usaha memerangi keganasan, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menteri dalam negeri itu berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan badan bukan kerajaan dari Arab Saudi, Rabitah Al-Alam Al-Islami (Liga Muslim Dunia) untuk berkongsi pengalaman itu, susulan penganjuran Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018.

“Ini bagi berkongsi kejayaan 97.5% program deradikalisasi yang telah dilaksanakan di negara ini.

“Dalam hal ini, kita bukan sahaja tekankan kaedah yang dilaksanakan polis dan tentera, tetapi juga cara menangani minda dan jiwa mereka yang terlibat dalam aktiviti ini,” katanya selepas menghadiri PISD 2018 hari ini.

Dialog 2 hari bertemakan “Kebijaksanaan dan Kesederhanaan Dalam Membanteras Keganasan” itu bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai negara moden dan progresif di barisan depan dalam membanteras keganasan dan ideologi ekstremisme.

Menteri dan timbalan menteri dari 20 negara termasuk Arab Saudi, Australia, Britain, Perancis dan Indonesia bersama kira-kira 1,000 peserta tempatan dan asing menghadiri dialog anjuran Kementerian Dalam Negeri dan Liga Dunia Islam.

Sementara itu, Zahid menyeru semua agama bersama membendung ancaman kumpulan ekstremis.

Timbalan perdana menteri sependapat dengan Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa yang semua agama mempunyai kumpulan ekstremis sendiri.

“Justeru, soal pembendungan perlu dilakukan semua agama, termasuk Islam. Dalam hal ini, kita rasakan kerjasama dialog antarabangsa ini amat diperlukan.

“Kita bekerjasama dengan semua ulama dan cendekiawan yang terlibat dalam pelbagai bidang untuk menentukan soal ideologi dan pemikiran yang menjurus ke arah ekstremisme ini harus kita kembali kepada al-Quran dan hadis kerana itu pengajaran sebenarnya.”

Loading...

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Zahid: Malaysia sedia kongsi kejayaan pulih pengganas"

Posting Komentar