Loading...

Anggota Polis Ditahan Cabul Pelajar

Loading...
Anggota Polis Ditahan Cabul Pelajar. Polis menahan seorang konstabel kerana didakwa mencabul seorang penuntut perempuan sebuah pusat kemahiran semalam.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Supt Mohammad Zainal Abdullah berkata anggota polis itu ditahan di Balai Polis Parit selepas penuntut berumur 20 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada pukul 5 petang.

Anggota Polis Ditahan Cabul Pelajar. Katanya sebelum kejadian, anggota polis itu menahan mangsa bersama teman lelakinya kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah kereta di tepi jalan Parit-Seri Iskandar sebelum membawa pasangan itu ke sebuah kedai makan pada 12 tengah hari.


“Ketika berada di kedai makan anggota polis itu didakwa meminta suapan sebanyak RM700 daripada pasangan itu dan memberi tempoh 2 minggu untuk mereka jelaskannya jika tidak mahu dia membuat laporan,” katanya pada sidang media hari ini.


Anggota Polis Ditahan Cabul Pelajar


Anggota terbabit kemudian meminta untuk menghantar penuntut terbabit pulang ke pusat kemahiran sebelum mencabul mangsa di dalam keretanya, katanya.

Mohammad Zainal berkata anggota polis yang telah berkhidmat selama 2 tahun itu kini direman 4 hari mulai hari ini.

Anggota Polis Ditahan Cabul Pelajar. Beliau berkata pihak polis tidak akan melindungi mana-mana anggotanya yang melakukan kesalahan dan tindakan sewajarnya akan dikenakan sekiranya benar mereka bersalah. - free malaysia today







Iklan
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image
Image





Loading...

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Anggota Polis Ditahan Cabul Pelajar"

Posting Komentar